..

Tuesday, December 13, 2011

SuCI HaTiMu WaNiTa





 BisIkaN SyAhdU KaTa2 nAN InDaH BuAt HaWa..



buat muslimat2..sekelian...

Dirimu terhias sebagai sebaik-sebaik ciptaan..Maka jadikanlah dirimu NISA' yg boleh menjadi mujahidah...Jihad di jalan Allah..Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang..Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang...Jadikanlah dirimu gadis yang manis yang tak pernah kalah dgn redup panahan mata dn gangguan adam....biar nafsumu hidup dalam tarbiyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan & dikirim untuk mujahidah menuju Tuhan Rabbul Izzati".-" peringatan bersama





Cahaya kebijaksanaan



Friday, December 9, 2011

Hayati doa duduk anatara dua sujud


Hayati doa duduk anatara dua sujud
       Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku).
Warhamni (sayangi aku).
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja. Moge dapat memberi sedikit ilmu buat teman2..

Ujian hidup umpama pelangi


Ujian hidup umpama pelangi   
  
     Salam sayang buat teman2 ana sekelian..Alhamdulillah lembaran kata yg ana tulis ni untuk teman2 dan buat diri yg hina juga moge beri manfaat buat semua walaupun hanya seketika...sahabat sahabiah berusahalah mencari redha Allah..seberat manapun ujian yg kite miliki sesungguhnya Allah sangat saying pada kite..Allah tidak zalim..Malah Allah lebih Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..Ujian hidup ini adalah untuk menguji iman dan taqwa di dalam hati HambaNya..setiap ujian yg melanda itu semuanya ade hikmah..sentiasa berdoa dan yakin pada Allah..insyaAllah kite akan tabah harungi  ujian dgn tenang..ku titipkan doa buat teman2 untuk menguatkan lagi iman dan kasih kite pada Allah..

      Ya Allah , kalau la ini adalah dugaan pada aku dan kifarah pada dosa2 aku maka aku redha Ya Allah , aku mohon kau berilah kekuatan pada aku dalam mengaharungi akan segala ini  Ya Allah..sekiranya sahabat-sahabiah dan kawan-kawan sekalian meletakkan kebergantungan kepada  Allah maka akan datang bantuan kepada kita. Kita kena yakin dengan sepenuh hati pada Allah kerana tak ada tempat selain  Allah tempat kita bergantung. Sebab bila hati gelisah tak tenang, tak tenteram, bila hatimu goyah terluka dan merana,Jauhkah hati ini dari Allah, Hilangkah dalam hati dzikirku, imanku, Sesungguhnya, hanya dengan Allah hatimu akan menjadi tenang, Dengan mengingat Allah, hilangkan semua kegelisahan, Cukuplah hanya Allah hati bergantung dan berserah diri..
  serangkap syair ana berikan buat teman2 yg ana sayang..~
Wahai teman yang soleh dan solehah,
Hidupkan hatimu dengan zikir yang indah
wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah,
ikhlaskan niat ikut Rasulullah,
agar usaha dinilai ibadah.
~Cahaya kebijaksanaan ~

MaAl HiJrAh 1 MuHaRaM 1433


MaAl HiJrAh 1 MuHaRaM 1433

Assalamualiakum buat teman2 ana yang dikasihi..moge sentiasa dlm rahmat Allah..Salam maal hijrah ana titipkan buat sahabat2 ana.moge sentiasa ade azam dan hijrah yg lebih baik untuk masa akan dtg,,dan moge tahun yang mendatang lebih baik dan cemerlang dari yg sebelumnya ..Alhamdulillah skrng nie kite semua dah masuk tahun islam yg baru iaitu bulan yg pertama dalam islam Muharam..MasyaAllah sungguh cepat mase berlalu..ya Allah Kau redhai dan berkatilah sepanjang kehidupanku di atas muka bumi mu ini Ya Rabb..Amin..khair..kite terus lah masuk ke perkenalan maal hijrah…
      Harta,pangkat,wajah semua tu tidak dinilai oleh Allah namun ynag dipandang Allah adelah TAQWA..taqwa satu istilah yg sering kali dengar di majlis2 ilmu dan dalam kehidupan seharian..segala apa yang dilakukan semuanya berkait rapat dengan taqwa..yang membezakan kite semua adelah Taqwa..sebaik2 pakaian kite adelah taqwa..Taqwa ialah mencegah diri daripada azab Allah dgn membuat amal soleh dan takut kepadaNya di kala sendirian atau dihadapan orang ramai..senang kata taqwa nie pengabdian jiwa dan hati kite hanya PadaNya dalam setip denyut nadi dan hembusan nafas sepanjang hidup di atas muka bumi ini..
`     Kehidupan ini pnuh dgn duri-duri..duri syahwat,duri nafsu,duri dosa yg sentiasa menyelubungi kite semua.Andai tidak sedia menyiapkan diri utk melangkah dgn penuh waspada duri2 itu akan menembusi lngkah kite.Sebelum melangkah kite kena mengenal mana tempat yg selamat dan tempat yg memudharatkan..Bersiap dgn penuh kewaspadaan itulah ibarat nya taqwa…Hidup kite sebgai hamba Allah tidak kira samada golongan tua ataupun remaja..semuanya tetap hamba Allah..remaja yg dihiasi dengan nur iman hidayah dan taqwa hati yg bersinar dengan rahmat ilahi itulah remaja yg dikasihi dan berkualiti…biarlah hidup ini sntiasa dlm lindungan rahmat ilahi..hijrah yg baik akn membawa kepada keazaman dan akhlak  yg mulia..Cinta Allah dan rasul melebihi segala2nya..sentiasa menghadiri majlis ilmu umpama taman2 syurga dan dekatkan diri pada org2  yg soleh..mudah2 han hidup sentiasa diberkati …insyaAllah..
Cahaya kebijaksanaan…

JoM kEnAlI nAbI kite ~ Nabi Muhammad S.A.W ~



   Assalamualaikum…bagaimana iman antum?? insyaAllah bertambah.. ok lah hari nie jom kite mengenali Nabi Muhammad S.A.W..Kite bermula dripada Kelahiran Baginda , salasilah Baginda.,isteri2 baginda dan Anak-Anak baginada Muhammad S.A.W…


~ KeLaHiRaN  ~ Baginda  dilahirkan di Mekkah Al Mukarramah,pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah / 20 April 570 Masihi..

~ SiLaSilaH NaBi  ~
Muhammad bin Abdullah Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah Bin Ka’ab Bin Luayyi bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Ilyas bin Muadhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan..

~ IsTeRi  NaBi  ~
1.       Khadijah binti Khuwalid r.a
2.       Saudah binti Zum’ah r.a
3.       Aisyah binti Abu Bakar r.a
4.       Hafsah binti Umar Al-Khattab r.a
5.       Zainab binti Jahsyin r.a
6.       Zainab Binti Khuzaimah r.a
7.       Ummu Salamah (Hindon Binti Abi Umaiyah) r.a
8.       Ummu Habibah ( Ramlah Binti  Abi Sufian ) r.a
9.       Juwairiyah binti Al-Harith r.a
10.   Maimunah  binti  Al- harith r.a
11.   Safiah binti  Hoiyi bin Ahtab r.a
12.   Mariyah Al- Qibtiyah r.a

~ANaK – aNak  Nabi ~
Hasil perkahwinan dengan Siti Khadijah baginda dikurniakan seramai 6 orang 2 lelaki 4 perempuan
(Al-Qasim,Zainab,Abdullah,Ruqayyah,Ummu Kaltsum,Fatimah )..manakala Ibrahim perkahwinan dengan
Mariyah  Al-Qibtiyah ..
~  Mudah-mudahan Dengan mengetahui  keturunan nabi..moge kite dapat tingkatkan lagi rasa cinta dan kasih  kepada Baginda Muhammad S.A.W… ~اللهم صلى على محمد
  

Friday, November 11, 2011

SeSiApA yG ???




Salam sayang dan mahabbah buat teman2 ana yg dirahmati Allah..moge anttum semua dalam keadaan sehat ..macam mane iman?? bertambah atau berkurang..insyaAllah mestilah bertambah kan..Alahamdulillah dapat juga ana taip entry nie..dah lame kot tak update..moge entry kali nie dpt beri manfaat pade semua..ini sekadar ilmu yg ingin dikongsi..ok...pelik tak tajuk kite hari nie..SESIAPA YANG??..kalo nak tau..jom baca entry nie sampai habis..

SESIAPA YANG ???

sesiapa yang bnyak ketawa, maka wibawanya sedikit,,hati pun keras dan gelap
Sesipa yg suka meremehkan org,maka ia tentu akan diremehkan org..
Sesiapa yg banyak bicara nya..,tentu banyak pula dosanya,
Sesiapa yang banyak dosanya , so tentu sedikit rase malunya..
sesiapa yang sedikit malunya .maka sedikit pula sifat waraknya..
sesiapa yang sedikit sifat waraknya,so hatinya akn mati..

Alhamdulillah..banyak kan pengajaran yg kite perolehi..ketawa tu boleh tapi hndaklah berpada2..Jadikan nabi Muhammad sebagai conyoh dan idola kite sepanjang hayat..jgn mudah rase mudah brputus asa dlm nak berubah..sekiranya kite nak berubah Allah akn bantu hambanya..Dan ingat akhir zaman nie..dah makin jelas tanda-tanda hari kiamat akan berlaku..maka banyak kan lah istighfar..mudah2 han Allah Ampunkan segala dosa kite semua..JAngan malu untk berubah kerah yg lebih baik..perubahan yg baik itu perlukan mujahadah..insyaAllah ganjaranya ialah SYURGA..bagi mereka yang beriman..Amin..


cAhAyA kEbIjAkSaNaAN....:)

Friday, November 4, 2011

SALAM AIDIL ADHA...^__^





 DI SAAT MATA  INI MELIHAT KA'BAH YG TERSERGAM INDAH
MERINTIH HATIKU INI UNTUK MENYENTUHNYA DAN MENJEJAKINYA
DI SAAT UMAT ISLAM MEMBAWA HATI YG IKHLAS UTK BERTEMU DENGANMU
HAMBAMU INI HANYA MAPU BERDOA AGAR DPAT JUA KU BERTEMU DENGAN MU
AGAR KU MENJADI TETAMU YG TERISTIMEWA


SALAM AIDIL ADHA BUAT TEMAN2 ANA..MOGE SAHABAT2 SEKELIAN DPT MENGHAYATI ERTI PENGORBANAN YG SEBENAR..


‎"Ramai yg sanggup brkorban tk mndapatkan kekayaan, pangkat, kemasyhuran, pujian, wanita, cita2 dan lainnya, ttp ia adalah pngorbanan yg menggembirakan nafsu ug tiada nilai di sisi Allah. pengajaran yg dikehendaki dari Kisah Ibrahim a.s. adalah tk mlakukan pngorbanan yg amat tinggi semata2 menjulang perintah Allah. Mereka yg benar cintanya pd Allah akn mndahulukan hak allah drpd hak diriny wlupun trpaksa menaggung kepedihan."mge kite semua sentiasa dlm rahmat Allah..jom kite berpuase dan tingkatkan amalan kite..


Wukuf di Arafah 5 Nov 2011 dan Kelebihan Wukuf



Kelebihan wukuf atau Hari Arafah


Pada hari WUKUF , Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri di Padang Arafah dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh kerana itu, hari keesokannya ialah Aidiladha, hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam dengan menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT.

Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah SWT seperti berjihad pada jalan Allah SWT tidak akan dapat meraih ganjaran istimewa sepuluh hari Zulhijah itu melainkan apabila seseorang Muslim itu tercedera atau mati syahid atau kudanya mati dalam medan peperangan. Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

Bagi umat Islam yang tak berwukuf, mereka di galak mengerjakan korban.

Saturday, October 8, 2011

.jom dakwah melalui IMAGE...



                         Ayoh...ikut sunnah rasuluallah..Rasuluallah contoh ikutan yang TERBAIK..!!!


Let's Change our habits and FOLLOW THE SUNNAH ♥
  • ● Instead of Hello or Hi, Say ASSALAMU ALAIKUM● Instead of Thanks, Say JAZAKALLAH● Instead of Bye Bye or Take Care, Say FI IMAANILLAH ● Instead of Wow or Great, Say SUBHANALLAH● Instead of Okay, Say INSHALLAH● Instead of saying I am fine, Say ALHAMDULILLAH



      cara pemakaian muslimah yang betul..mengikut syariat islam..ayuh wahai wanita yg ana sayangi ubahlah penampilan anda sebagai seorang yg beriman...sebaik-baik pakaian adalah taqwa..






                         PERANAN ??? kite sebagai HAMBA ALLAH ,,Sebagai ANAK,,Sebagai PELAJAR...sebagai IBU BAPA..apakah peranan kite..semuanya kembali kepada ALLAH...keikhlasan kite beribadah kepada-Nya itu menjadi ukuran..Redha Allah..dan Rahmat Allah itu luas..Wahai teman2 yang ana kasihi..







BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT....HARGAI NIKMAT MULUT YG ALLAH BERI BUAT MANUSIA..











La tahzan sekiranya hidup ini sentiasa kerana Allah..Allah Maha Esa dan penyayang..Mengadulah PadaNya..Dia Maha Mendengar dan Mengetahui..Never giveup..dan ingat ye teman2 ku sekelian...JANGAN PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH...

Wednesday, September 28, 2011

InDaHnYa SyaRiat Islam

   
   
   
        Salam Mujahadah buat teman2 ana yg ana kasihi..moge bahagia selalu..jadikan hari ini dgn hari yg lebih baik..Alhamdulillah..bagun pagi mendengar kalimah suci..laungan Azan utk menyeru warga kampus utk solat berjemaah subuh di Surau Nurul Iman..namun hanya segelintir yg menyedari laungan suci ini..Ya Allah jadikanlah hambaMu ini seorang yg ikhlas dan istiqamah dalam amalan soleh..Amin Ya Rabb..

   Waktu dhuha waktu yg cantik..ana suka melihat suasana dhuha..indahnya CiptaanMu..Ya Allah jadikanlah kami hambamu yg sentiasa mensyukuri nikmatMu..Ya Rabb hambamu ini mohon petunjuk dan HidayahMu..Tatkala ramai wanita atau lelaki yg berlumba2 mencari cinta manusia..namun Kau berikanlah aku kekuatan utk ku terus mujahada di jalanMu ini..Alhamdulillah ana baca majalah solusi edisi yg ke 36..Alhamdulillah majalah ini memang sentiasa dalam hati ana..ana paling suka coretan hati yg ditulis oleh kak Fatimah syarha..Allah..Allah..ana mula meminatinya ketika ana baca novel pertama nya yang bertajuk "Tautan hati" ya Rabb best sangat2 kene dengan jiwa ana..dan sekarang nie novel yg terbaru "Sebarkan cinta Mu..masih belum beli lagi ..insyaAllah nak belilah lepas nie..=) ...Puisi yg indah ingin ana kongsikan buat teman2  yg ana kasihi...puisi ini ditulis oleh kak Fatimah Syarha sendiri..ana ingin berkongsi bebersama puisi yg indah serta menyentuh sanubari hati kecil ini..Muhasabah diri buat sahabat2 ana sejenak..kite semua ini milik Allah tiada apa yg ada pada diri ini melainkan kelemahan..namun Allah Maha pengasih..Ingatlah teman2ku.. Cinta fitrah yg dipelihara kesuciannya akan berubah BARAKAH. Barakah itu mungkin di dunia dan mugkin juga di akhirat ,,Lebih indah jika barakah ini dapat dikedua2 nya..Dan Paling penting..org yang menyiapkan dirinya dgn peribadi yg muslim dan muslimah akan dianugerahkan bait al-muslim yg bahagia..dna insyaAllah akan dipermudahkan Allah mendapat yg soleh dan solehah..Amin..Namun cinta ilahi di Raih dulu agar diri sentiasa dalam  RahmatNya...Moge ya Allah kau beri kekuatan buat hamba2Mu ini..Amin..




Buat teman2 hayatilah puisi ini ..penuh pengajaran dan teladan buat remaja2 dan sahabat2 ana yg singgah di blog ana..

CINTA TANPA NODA

Tak Mampu Ku Dustai Rasa Ini,
Cukuplah Dengan Pertautan Hati,
Belum Masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota ,takutkan Ilahi,

Aduh!!!!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala Pacaran Menjadi Budaya,
Mujurlah Wahyu menunjuk Cara,
Jangan diikut sebahagian besar Manusia.

Cintaku bukan cinta Murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran Komunikasi kutundukkan ,
Mengawal Hati Formula kekuatan,


Aku berazam Pada diri,
Ku ingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yg dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi,

Ku Ingin cinta Suci,
buat insan Yang Ku nikahi,
Dengan Allah sebagai juri
Bukan nilai nafsu sendiri,

Alhamdulillah sungguh banyak pengajaran dan nasihat yg ana perolehi daripada puisi ini...moge perasaan yg ana rasai ini juga dapat dirasai oleh semua teman2 ana..Cinta menjadi seperti singa dan pedang..ia boleh meningkatkan rasa cinta ini kearah yg positif iaitu cinta kepada Allah,Rasulullah,ibu bapa dan perjuangan.dan adakalanya cinta menjadi fitnah dan bala terhadap kite..iaitu menjadi hamba nafsu semata2..sama2 kite fikir dan renug sejenak dimanakah cinta itu  kita miliki,,adakah seperti emas yg indah dan sentiasa menjadi iadaman hati atau pun besi yg sudah berkarat yg tidak ada apa2 nilai dan kegunaanya.....Wallahu a'lam..

sekian Cahaya Kebijaksanaan..

Sunday, September 25, 2011

Bicara Hati Tentang Ikhtilat






Assalamualaikum,,,,Buat sahabat2 ana yang ana kasihi dan semoga sentiasa dalam Rahmat Allah...Ana tiba2 rase sedih sangat2 ...bila ana memikirkan kawan2 yang dulu sama sekolah agama dengan ana ...bila sama2 mengejar cita2 untuk menuju ke menara gading...namun disebalik impian itu ramai yang terlepas perhatian tentang ikhtilat antara muslimin dan muslimat..ana tengok FB sahabat2 ana ..Alhamdulillah ade yang masih memelihara dan mejaga,,namun ade setengah nya yang tidak menjaga nya sama ada dari sudut auratnya,pemakainya,cara penuturan apabila dipost kan di wall dan macam2 lagi perkara yg ana sendiri sedih dan kadang tak sanggup nak melihatnya..Namun ana hanya mampu berdoa untuk kawan2 ana..

      Namun ana juga mesti sentiasa menginsafi diri ini,,ana juga seorang manusia biasa yg sentiasa melakukan kesilapan diri..tapi kite kena ade inesiatif untuk mujahadah mendekatkan diri pada Allah..Wahai Muslimat..yang ana kasihi..Allah jadikan kite ini adalah sebaik2 ciptaan yang telah diberi pelbagai nikmat yg mesti disyukuri..dan kerana Wanita juga menjadi Fitnah kepada kaum Adam..Namun itu semua adalah ujian..dan Allah jadikan diri ini untuk beribadan dan menyembahNya..bukan nya hidup ni sia2..

      Namun segala2 nya kita harus menjaganya dan sentiasa beristighfar kepada Allah..Ana teringat akan hadis Nabi Muhammad S.A.W..yang bermaksud..
                 
               " PANDANGAN MATA ADALAH SALAH SATU DARIPADA PANAH2 IBLIS,BARANGSIAPA MENUNDUKKANYA KERANA ALLAH,MAKA AKAN DIRASAKAN MANISNYA IMAN DALAM HATINYA.."
           

       Allah...Allah..sungguh indah ciptaan Allah...yang menjadikan segala panca indera ini tidak lain tidak bukan untuk beribadah kepada Allah juga dgn tdk melakukan perkara maksiat...Ok lah ana ade bebrapa cara untuk kita menjaga ikhtilat kite ..terutamanya buat muslimat yang penuh dgn fitnah..islam itu indah..tidak mengongkong mana2 adab atau perkara namun ia untuk memelihara dan menjaga diri ini drp perkara maksiat..lagi2dengan akhir zaman yg penuh dengan fitnah dan dugaan buat kita..

      Cume ringkas sahaja...ana nak khabaq..hehhe..dah lame duduk kat utara nie jdi loghat pun cam utara lah na..ok..yang prtama elakkan berhubungan degn lelaki sekiranya tidak ada keperluan..boleh berhubung tapi kenalah mengikut situasi dan keadaan yang sesuai dan still menjaga hati dan diri...second....menundukkan hati..bila kite berhubung dgn Lelaki atau bukan muhrim ...kena fikir azab Allah dan kemurkaanya serta perbanyakkan berdoa moga urusan dpermudahkan dan terpelihara diri ni daripada godaan syaitan..k..

     Yang ketiga...ermmm menundukkan pandangan mata ...Mata adalah anugerah Allah yg sangat bernilai..tanpanya kite tak leh nak melihat dan menghayati keindahan Alam yg Allah jadikan utk kite brfikir akan keagungan nya..Namun..jgn salah menggunakan mata ok...bukanya untuk tidak pandang langsung..namun peliharalah agar tidak elihat prkara yg boleh menaikan nafsu dan syahwat..dan akhir sekali percepatkanlah urusan ..bila ade urusan segerakan kerja tidak perlu sampai nak berkongsi hal peribadi,gelak ketawa dan yang lbih penting cari tempat yg sesuai untuk berbincang..ini penting utnk elak fitnah..k sahabat2 yg ana sayang dan cintai

     Harap2 tips2 ni dapt digunakan dan diamalkan..insyaAllah sekiranya hati ini dijaga maka bersihlah luaran dan dalaman kite..kerohanian dan fizikal berjalan dgn seiring namun..Kerohanian itu meati diutamakan agar fizikal kite akan nampak turut cantik..kepada muslimin dan muslimat sekiranya anada jaga semua perkara di atas ..insyaAllah hidupmu  dalam keberkatan..bukan kemurkaan Allah..



                                                      INDAHNYA ISLAM YA RABB...=)

cintaku hanya Pada Mu..

   

      Salam mujahadah..buat teman2 ana yang ana kasihi kerana Allah..moge sentiasa sihat..salam sayang dan kasih rindu ku pada Mu ya rasuluallah.."Allahhummasollialamuhamad"..Alhamdulillah lepas sudah hari kelahiran ana iaitu 22,september 2011..dan Alhamdulillah Allah masih memberi ana kesempatan untuk hidup dan menikmati nikmat iman dan islam..Allah..Allah..Ana harap,ana dapat jadi mukminat yang solehah yang sentiasa mengingatiMu..insyaAllah.Cinta kepada Allah adalah kecintaan yang mendalam ,seseorang itu harus melakukan apa sahaja ,berkorban harta mahupun jiwa raga kite semua.Perintah Allah dan Rasul diletakkan tahap pertama dalam hiduo seorang Hamba yang Taat pada sang PenciptaNya..Allahuakhbar...Sahabat2 ana ..ana ingin nasihati semua ..nasihat ini juga buat diri ana yang kerdil lagi hina...


      Orang yang CINTA kepada ALLAH,maka ALLAH jua akan CINTA dan KASIH kepadanya dan mengurniakan kepadanya beberapa keistimewaan.ikutilah syariat Allah yg telah disampaikan kepada baginda.Temanku..kasih sayang dan rahmat Allah itu luas yg tidk dapat digambarkan satu persatu...Antaranya Allah akan memberikan keselesaan dan kebahagian hidup kpd diri kita di dunia dan di akhirat...Firman Allah yang bermaksud :



"sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan." ( Surah al-Nahl :97)

       Seterusnya Ana  suka sangat akan hadis ini..dan hadis ini boleh kite semuamalkan nya..seorang mukminah sebelum kahwin ketaatanya selepas kpd Allah dan rasul ialah terhadap ibu bapa kita,kemudian bila kahwin maka kesetiaannya berpindah kepada sang suami yang tercinta dan Sabda Rasulullah yang bermaksud :




    Apabila seorang wanita telah menunaikan solat lima waktu ,berpuasa pada bulan Ramadhan,memelihara kehormatan diri dan taat pada suaminya ,nescaya dia masuk ke syurga.."

       Allah subhannaAllahkemurahan dan keluasan rahmat dan kasih sayang Nya pada hamba2nya ..khusus buat wanita-wanita yang solehah yang beriman kepada Allah dan Rasul Nya..

        Hiasilah diri ini dengan zikruAllah jagn pernah leka atas nikmat yg Allah berikan buat kite...Istighfar selalu pdaNya..moge sentiasa dalam Rahma Allah buat kite semua di Dunia dan di akhirat...

Sunday, September 4, 2011

Indahnya ISLAM...




 SALAM SEJAHTERA...

Alhamdulillah dapat ana update blog ini..ana tertarik dgn pendekatan dakwah yg digunakankepada non muslim yg bertanya tentang  syariat agama islam..Alangkah indahnya islam..sangat menuliakan wanita..sesungguhnya Allah MAha adil dan Pemurah..dibawah ini saya ade sedikit tazkirah buat sahabat2 yang ana kasihi..jadilah hamba Allah yg beriman dan beramal soleh..



One day a British man asked from a Muslim scholar:

English man asked: ”why Muslim women are not allowed in Islam to shake a hand with men?”

The scholar said: “could you take the hands of Queen Elizabeth in your hands?”

English man said:” Of course not, only certain people are allowed to shake hands with the Queen”

The scholar answered: Our Ladies are Queen and the Queen won’t shake hands with strange men

Friday, September 2, 2011

Salam lebaran...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...

ASSALAMUALAIKUM..

salam sejahtra buat teman2 ana...Alhamdulillah dah sebulan kite sambut Ramadhan Al mubarak..dah RAmadhan telah pin meninggalkan kite semua..Allah..Allah..Alngkah rindunya diri ni kepada bulan yang Mulia nie..Ramadhan..ya Allah sampaikanlah kepadaku utk Ramadhan yang akan datang..InsyaAllah..Amin ya rabb..dan sekarang Alhamdulillah..sekarang nie dah masuk 4 Syawal ...ya Allah..sesungguhnya bulan syawal ini adalah bulan kemenangan islam..Dan Alhamdulillah tahun ni Allah beri kesempatan buat ana utk bersama keluarga tercinta ...dan raya tahun ni ada kelainan..denga permata hati buat keluarga ku... kehadiran permata hati dalam keluarga ku ini iaitu cucu buat mak dan ayah ana..dan anak sedara ana yg pertama dalam keluarga besar ku ini..iiatu Muhammad Emir Mirzal bin Mohd Hafizol..Alhamdulillah..ceria keluarga ku..syukran Ya rabb..


Dan buat sahabat2 ana sekelian maafkan ana sekiranya ana ade wat silap dan kekhilafan..Ermm sering kali dengar kan selamat kembali ke alam Fitrah...Fitrah..???..memang betul pun..Bila kite kembali ke hari raya semuanya akan kembali kepada seperti perangai kita yag biasa..namun bagi orang yang berpuasa dgn beriman dan taqwa akan menjadi lebih baik daripada sebelum nya..insyaAllah..

salam lebaran ye sahabat ana sekelian..Jadikanlah hari raya ini hari yang berbahagia...dan bersyukurlah atas segala nimay yang Allah beri buat kite semua...merenungi ciptaan tuhan yang indah..menghayati kebesaran dan keagungan Mu ya rabb..sungguh indah ciptaan Mu..yiada yg berkuasa melainkan Mu ya rabb..kaulah yang Maha Pemurah...jadilah hamba Allah yg beriman dan bertaqwa..sama2..kite berusaha ke arah itu...

Wednesday, August 24, 2011

RAMADHAN...bulan yang mulia..

Assalamualaikum..buat teman2 ana seperjuangan sekelian...Alhamdulillah Allah masih memberikn ana kesempatan untuk meneruskan method dakwah ini..maafkn ana ye sahabat2...rasenye dah lama ana tak mengupdates blog ana ni...terasa bersalah pula..namun apakan daya jiwa ni sentiasa sebok dengan hal2 dunia..Allah...AstaghfiruAllah hal azim..ya Allah ampuni lah dose2 ku ini ya Rabb..insyaAllah hari ni ana akan buat entry baru ..tntang Ramadhan..rasenye masih blum terlambat lagi utk ana ucpkan selamat menyambut Ramadhan karim..

        Ok lah sekrang nie 25 Ramadhan...Allah2...Allah2..dah masuk malam yg ke sepuluh yang terakhir dalam bulan yg mulia nie..rase sekejap je masa yg berlalu ni...pejam..celil..dah nak akhir Ramadhan ini..Hati ni rase hiba dan sayu sngt bile mengenangkan Ramadhan kali ni..adakah ana dapat memenuhi Ramadhan ini dgn baik..Ramadhan sebelum nie ade 3 Fasa...semua dah tahu kan..Fasa yg 1 ialah Rahmat Allah..fasa ini Allah akn beri RahmatNya buat hamba2nya yang soleh..dalam hadis nabi..nabi telah bersabda " sesiapa yang berpuada dengan iman dan menghrpkan pahala (Redha Nya),akan diampunkan dose2nya." Allah..bila difikir2kan dan bila ana muhasabah diri ini adakah ana berpuasa dgn baik???..namun kita nie hamba Allah..kena sentiasa berusaha...kan..

      Fasa yang ke-2 pula ialah maghfirah Allah (keampunan Allah)...Allah Maha pengampun terhadap hamba2Nya yang ingin bertaubat..banyak kan berdoa..".Allahhumma innakaaffuwun karim tuhibbul afwafak fu anna ya karim "..jgn berputus asa dari rahmat Allah teruskan beramal dengn baik dan ikhlas.apa2 pun keikhlasan hati ini sngat pnting..di saat ana duduk menunggu kedatangan pensyarah..ke kuliah.ana berada di luat bilik kuliah dan melihat ke Langit..Allah sungguh indah Ciptaan Mu..Tiada kuasa yang dapat menciptakan langit ini melainkan dgn kekuasaan Mu ya Rabb..Sesungguhnya Allah Maha mendengar dan melihat setiap perkataan yg dkatakan oleh Hmbanya...jadi byakkan merayu dan merintih kepadaNya..bila sedih dan duka..kite mengadu kepada ALlah..Allah lah tempat sebaik2 tempat kite merintih dan berdoa kepadaNya.. ya Allah HambaMu ini sngt2 merindui Mu dan Rasul Mu...

   Fasa yang ke -3...Allah fasa ini merupakan fasa yg terakhir dalam Bulan Mu ini Ya Rabb..rase sekjap saja mse ni...ya rabb.. kali ni hmbaMu sangat2 menghrapkan pembebasan daripada api neraka..ini lah yg dikatakan fasa yag  ke -3..iaitu pembebasan dari neraka..Allahumma innna asaluka Redhakawal Jannah wana'uzubika min sakhotika wannar....same2 lah kite brmohon kite mnjadi hamba Allah yang telah berjaya di tarbiyyad dalam universiti ramadhan ini..kerana lepas ie kite akan menyambuat Aidilfitri...Allah..Allah...sesunguhnya di 10 mlm terakhir ini Allah telah mengurniakan satu nikmat iaitu malam lailatul qadar..iiatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan..... jom kite sama2 rebut gnjaran Allah..bnyakan berzikir dan qiyamulail..Allah...Allah...Golongkan lah Hmbamu ini dalam golongna hambaMu yg teroilih utk mndptkan Malam lailatul QadarMu..Amin...

    lepas tu kite akn mnyambut hari raya adilfitri..namun para sahabt nabi,ulama dan wali2 Allah menangis dan terasa hiba kerana telah meningglkan ramadhan..Adakah masih ada lagi ramadhan buat ku untuk tg akan datang??? ya rabb..sesungguhnya Hanya PadaMu kami berserah...sahabta yang ana kasihi..moge2 ade perubahan yg baik bila kite berada dalam bula Syawal nanti..pastikan diri sahabt2 sekelian sentiasa istighfar dalam melakukan kesalahan..hiasi diri ni dengan menuturkan kalimah2 suci dari bibirmu yang cantik...

     Akhir kalam ..buat bicara bersama sahabat2 sekelian..moge kite smua sentiasa menjadi hamba ALlah yg bertaubat dan mengInagati Nya selalu..Allah ciptakan kite semua ini hanyalah utk beribadah kepadaNya..jadi buatlah yg terbaik dalam hidup ini..sahabt2 ana sekelian smpai sini saja biacara hati..ok...lepasni insyaAllah ada entry lain yg bakal menyusul..buat wanita2 sekelian.jadilah wanita yang SOLEHAH..di akhir zaman ini ramai wanita yg tidak menjaga akhlak dan maruahnya..peringatan buat diri ini juga..dan Buat KAUM ADAM..jadilah dirimu itu sebagai pelindung dan pembimbing buat kaum hawa..agar dapat menjadi Lelaki Yang Soleh..insyaAllah...

                                                          Wassalam...
Hamba Allah

Hakimah Nabahah...

Friday, June 24, 2011

nikmat mu ya Rabb..

Assalamualaikum..

first sekali nak ucap selamat pagi!! sebab tengah buat time pagi2..fresh tau...heheh tak delah ,,, segalanya milik Allah..n dah lame sebenrnya dah tak post kat blog nie...huhuhu...sebab sebok ckit...tentang dakwah islam..Allah...sungguh manis berjuang di jalan Mu...insyaAllah kat maktab ana..nanti akan adekan bulan penghayatan islam.2011..selama sebulan macam2 program yg diadekan..ramai2lah yg hadir ye..insyaAllah..kimah yakin...sesiapa yg menolon agama Allah..Allah akn menolong hambaNya..insyaAllah..dan sebenrnya bile pikir2 tentang kesebokan nie sangt2 lah best...ade yg sebok sampai lupe akan akhirat dan kematian..tulah satu ujian dan dugaan bagi hambanya dalam kesebokkan dunia..namun bagi org2 yang beriman dan beristiqamah di jalaNya itu merupakan satu nikmat yg mane dpt hindarkan iye drpad malkukan maksiat...Allah Allah..mudah2han Allah beriketenangan dalam diri ana..utk mghadpi kesebokan ini dgn baik..
hehhee..ana  nak cerita Allahmdulillah baru2 nie 23.6.20ll jam 6.53 pagi anak sedara ana yg pertama telah selamat di lahirkan..masyaAlah comel sangat bayi tu...alhamdulillah dpt nak lelaki,,,seronok..ni lah nikmat Allah ..bakal2 pewaris2 ulama nie insyaAllah..mudahah2 ana sedara ku nie menjadi anak yg soleh... Amin..

Tuesday, June 21, 2011

KESAN ZIKIR PADA OTAK...!!SUBHANALLAH

Kesan Zikir Kepada Otak 

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. 

Sunday, June 19, 2011

kehadiran guru pelatih di kampus ku..

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..hari ni merupakan hari pertama ana dalam sem 3 ppismp pa(a)..huhuhu..kenangan suka dan duka sepanjang sem 2 tidak pernah ana lupakan..semuanya ade hikmah..ya Allah Kau permudahkan lah urusan hamba Mu ini ya Rabb..ermm dan hari nie juga kemasukan student baru di kampus ana..syukur rasenye..jumlah kemasukkan mereka semua sebanyak 151 orang..yang mana jumlah lelaki seramai 49 orang dan perempuan seramai 102 orang...ish2 jumlah lelaki amat2lah sedikit ..tanda2 kiamat akhir zaman...nie lelaki lebih sedikit drpd perempuan..Allah 3x .....Allah...hebatnya kekuasaan Mu ya rabb..ana harap student2 baru nie akan kuat menghadapi alam2 orintasi..huhuhu..mengimbas lagi kenangan waktu ana orintasi..huhu..gembira ade sedih pun ade..tapi semua tu yg memberia na kekuatan...utk ana teruskan..firs time berjauhan dgn family..sebelum nie study kat area2 johor je..ni ana dah berlepas sampai kat utara..takpe hakimah ade hikmahnya...ok lah ana berhenti setakat ini sahaja..buat adik2...semoge berjaya dan sabar ye hadapi uian2 hidup di alam IPG...

wassalam..
HAMBA ALLAH....

Saturday, June 11, 2011

Pintu2 Hati anak adam yang dimasuki Syaitan!!!!

Assalamualaikum

Apa khabar teman2ku…harap2 sihat ye..macam mana keadaan iman antum sekelian??? Sihat2..insyaAllah mudah2han sihat dan sentiasa meningkat..hari ni ana nak beri sedikit peringatan dan tazkirah buat sahabat2 ana…yg mana peringatan ni ana nasihatkan utk diri ana juga..Semuanya milik Allah tiada kite punya…semunya kembali pada ALLAH…ALLAH ..ALLAH…
Ok lah kite masuk tajuk lah ye..hari ni kite akn bincngkan tajuk yg bagi ana ..sangat penting utk kite ketahui.. “10 pintu syaitan masuk dalam hati anak adam “ itulah tajuk ye yg kite akn bincang,,,dan hayati dlm kehidupan kite..baiklah ana akan beri kate2 seorang salihin iaitu :

“KU RENUNG DAN AKU FIKIR,DARI PINTU MANAKAH SYAITAN ITU MEMASUKI HATI MANUSIA,??? TIBA2 AKU DAPATI SYAITAN ITU MEMASUKINYA DARI SEPULUH PINTU “

Setelah  kite amati kate2 ulama ni..nyatalah syaitan tu sangat halus..syaitan boleh masuki dalam hati anak adam melalui 10 pintu!!!..masyaAllah hebatnya kekuasaan Allah..liciknya syaitan ni..jom kite sama2 terokai pintu2 yg syaitan ni masuk..

1)      TAMAK DAN JAHAT SANGKA  = hadapilah dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dgn yg ada setelah kite berusaha dan ikhtiar..
2)       
      CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN = hadapilah dgn rase takut terhadap kedatangan maut dgn tiba2..
3)     
          CINTAKAN KEREHATAN DAN NIKMAT = menyakini  nikmat itu akn hilang dan yakin balasan buruk.
4)     
          KAGUM PADA DIRI SENDIRI (UJUB) = hadapilah dgn mensyukuri nikmat dan takutkan balasan seksaan.
5)     
          PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN = hadapilah dngn tahu hak2 dan kehormatan mereka.
6)      
          HASAD =  hadapilah dgn qanaah(puas hati dgn apa yg ada stelah usaha dan ikhtiar..
7)       
      RIYA’ = hadapilah dgn sifat ikhlas.
8)     
          BAKHIL = hadapilah dgn menyakini bahawa apa yg ada di tangan makhluk itu akan binasa  sdg apa yg ada di sisi Allah itu kekal selama2nya..
9)     
         TAKABBUR = hadapilah dgn sifat tawadhu’
10 
          TAMAK =  yakin terhadap Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yg ada pada manusia…

MayaAllah setelah kite sama2 terokai pintu2 nie..ermm agak2nya ade tak dalam hidup kite…mestilah ade kan..spnjang kite hidup..jadi sama2 lah kite muhasabah diri ye..jgn putus asa daripada rahmat Allah..ingat lah sahabat2 ana sekelian Allah tu maha Pengampun dan penyayang..insyaAllah moge kite semua dalam Rahmat Allah..Amin..

 sekian wassalam dari ana…

HAMBA ALLAH..