..

Monday, January 24, 2011

3 PERKARA,,ALLAH AKN MEMELIHARA KITE.INSYAALLAH

"Wahai anak, jika kamu pelihara 3 perkara maka Allah akan memelihara dan menyelamatkan kamu walaupun kamu berada di dalam keadaan yang amat getir sekali :

1. Peliharalah Auratmu
Auratmu adalah benteng pertama. Apabila terlihat susuk tubuh dan bentuk saizmu, ia akan merembeskan niat dan pandangan jahat di hati ajnabi. Allah tutup auratmu kerana kamu insan istimewa dan mudah rosak bila didedahkan.


2. Peliharalah Maruahmu.
Jangan kamu berada disituasi yang merendahkan martabatmu sebagai wanita.Peliharalah nilai-nilai kewanitaanmu.Dan jangan pamerkan diri kamu sebagai pelacur yang menggoda.


3. Pelihara Adab pergaulanmu.
Peliharalah adab bersama keluarga, adab bersama teman wanita,adab bersama masyarakat dan adab bersama lelaki ajnabi...Cara kamu bercakap, cara kamu berjalan, cara kamu duduk bersama.


Paling tidak apabila kamu bersama lelaki ajnabi jarakkan diri kamu sejauh yang mungkin, lindungi pandangan mereka semampu yang boleh,Elakkan dari perhubungan yang tidak berkaitan dengan tugas dengan secara yang baik dan hormat.

Bila kamu dilandasan yang betul maka barulah kamu akan sampai kepada destinasi idaman hidupmu. Kamu inginkan suami baik yang penyayang,tidak kisahlah kalau tidak sekacak aktor. Kamu inginkan anak yang baik pekerti dan berbakti dan bukanlah anak-anak dajjal yang membuang kamu di usia tuamu.Insyallah akan diperkenankan Allah".

Saturday, January 22, 2011

اللهم صلى على محمد.....JOM BERSELAWAT....


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[Al-Ahzab: 56]



                               
                                 
                                اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.









Sebaik baik salawat adalah yang ikhlas. Allahu a’lam

BUAT TEMAN2 KU...SEDIKIT BIMBINGAN BUAT MU.

salam sejahtera kepada mu..wahai sahabat2 ku..bagaimana iman mu,,berkurang atau bertambah..same2lah kite muhasabah diri ye..hari nie ana nak kongsi sedikit ilmu...untk dikongsi bersama kepada kawan2ku ..isu penutupan aurat...ermmm kalo kite lihat tajuk nie..sememangnya akhor zaman nie..ramai manusia dan wanita ..tidak mengambil berat..dalm aurat mereka..makin lame makin menjadi2..dengan bermacam2 fesyen barat yang tidak menepati syariat islam...maka ana sebagai hamba Allah nie...wajiblah bagi ana berdakwah kepada sahabat2 ana...moge Allah merahmati kite ...di dunia dan diakhirat...di bawah nie gambar rajag yang menerangkan bagaiman penutupan aurat yang betul dan pasti..



moge2 kite dapat beramal..perkara nie..dengan sebenarnye..sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
   
   "ISLAM ITU BERMULA DENGAN KEADAAN DAGANG(ASING)DAN AKAN BERAKHIR DALAM KEADAAN ASING .MAKA BERUNTUNGLAH ORANG YANG DAGANG,YANG MENGHIDUPKAN SUNNAHKU KTIKA ORANG MEROSAKKANYA"

wahai sahabatku ingatlah..kate2 nabi ini...moge2 kite tergolong dalam golongan yang beruntung itu...same 2 kite amalkan...ye..selamat beramal...

Thursday, January 20, 2011

TIDUR....DAN SUNNAH..JADIKAN AMALAN...JOM



بسم الله الرحمن الرحيم
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadi Guru sepanjang zaman dan teladan serta ikutan terbaik seluruh insan. Didikannya terperinci sehingga bab tidur pun turut ada adabnya.. Benarlah baginda suatu contoh ikutan sehingga akhir zaman.. InsyaAllah, di laman sesawang ini para pembaca yang sudi menziarahi boleh rujuk hadith berkaitan topik ini serta dzikir dan doa juga amalannya di bawah mukasurat ini. Teruskan membaca..
Ramai di kalangan kita yang memberi perhatian dan keutamaan kepada bilik tidur demi keselesaan semasa berada di dalamnya.
Orang ramai banyak merujuk kepada pakar-pakar interior design untuk memiliki bilik tidur idaman mereka. Ada juga di kalangan kita yang banyak membelanjakan wang ke arah buku-buku untuk memperhias dan mencantikkan bilik tidur.
Setelah itu ribuan ringgit dicurah dalam melahirkan konsep bilik tidur idaman dengan harapan ia akan membina suasana yang menampilkan ketenangan jiwa. Tetapi, adakah ia menepati tuntutan Islam..? Cuba renungkan sejenak..
Nak Bilik Macam Ini..?
Nak Bilik Macam Ini..?
Atau Nak Yang Macam Ini..?
Atau Nak Yang Macam Ini..?
Yang Ini Pun Nak..?
Yang Ini Pun Nak..?
Dengan harapan yang tinggi menggunung itu, bilik tidur dihias dengan pelbagai hiasan seperti;
1.Almari pakaian dari kayu jati.
2. Almari solek dengan cermin yang luas.
3. Jendela dan pintu masuk bilik dihias dengan langsir yang warnanya memikat.
4. Warna dinding bilik yang serasi dengan suasana idaman kontemporari.
5. Ciri-ciri bilik ‘ala spa’
6. Tak lupa katil beserta ‘pintu gerbangnya’ yang berhias, yang tilamnya ribuan ringgit beserta cadar dan sarung bantal  dan bantal yang licin dan gebu.
7. Ciri-ciri ‘feng-shui’ yang dirujuk kepada si pakarnya.
Atau Ini Bilik Anda Sekarang..? Oops..
Atau Ini Bilik Anda Sekarang..? Oops..

- bagaimana anda tidur..? -

Jangan Lah Ada Pengalaman Tertidur Seperti Ini
Janganlah Ada Pengalaman Sampai Tertidur Seperti Ini
Menurut kajian penulis,:
- Ada individu memberi keutamaan untuk bilik tidur yang cantik,
- Ada mahukan kualiti tidur
- Juga yang mahu masa tidur yang cukup
- Selain itu ada juga yang  tak kisah tidur di mana dan bila masa
- Cuma segelintir sahaja tidur mengikut ajaran Islam.
Jadi amatlah rugi kita menumpukan kepada kaedah tidur yang menjauhi ruh Islam sehingga banyak wang dihabiskan serta jauh dari kasih sayang Allah..
Tidur Anak-Anak Juga Perlu Dibentuk Dari Rebung Lagi
Tidur Anak-Anak Juga Perlu Dibentuk Dari Rebung Lagi
Mari kita rujuk antara adab sebelum tidur adalah;
1. Membersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi)
2. Bersuci dengan mengambil wudhuk.
Perihal di atas adalah untuk sebagai langkah persediaan agar ia menuju kepada ibadah.
Yang pertama, tidur kita dalam keadaan ingat kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Apabila kita ingat Allah, maka kita tahu Allah sukakan kebersihan dan membersihkan diri menghampirkan lagi diri kita kepada Allah.
Yang kedua, tidur menjadi asbab menjauhi kita dari perkara mungkar. Maka tidur itu lebih baik daripada melakukan maksiat.
Yang ketiga tidur sebagai ruang rehat dan menjana tenaga untuk terus menjalankan ibadah seterusnya dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Seperti persediaan untuk bangun di tengah malam untuk melakukan ibadah sunnah yang lain.
Yang  keempat,  tidur juga sebagai ibadah bila masa kita tidur dalam mengingati yang Maha Esa dan meraih ketenangan sepanjang tidur.
Berwuduk sebelum tidur juga sebagai persediaan seandainya nyawa kita tiba di penghujung semasa lena. Dan seandainya kita meninggal dunia semasa tidur, maka ia ibarat mati dalam keadaan suci bersih. Siapakah yang pasti dan boleh memberi jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula keesokannya..? Tiada sesiapa pun..
Maka renungkanlah dan hayati serta hidupkanlah adab-adab sunnah yang baginda tinggalkan untuk kita..
Tidur Juga Boleh Menjadi Ibadah..
Tidur Juga Boleh Menjadi Ibadah..

Bagaimana Tidur Boleh Menjadi Ibadah dan Meraih Pahala Serta Kasih Sayang Allah..?

Antara pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai adab sebelum, semasa dan selepas tidur boleh kita amalkan setiap hari..

Mengkebutkan (membersih atau kibas) Tempat Tidur Sebelum Tidur

“Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang bakal menimpanya.” (Riwayat Bukhari)
Ini membuktikan Rasulullah amat prihatin akan persediaan tempat tidur agar kita dapat menjauhi sebarang bahaya sebelum tidur.

Berwudhuk Sebelum Tidur

“Apabila kamu akan mendatangi tempat tidur, berwudhuklah sebagaimana kamu berwudhuk untuk solat.” (Riwayat Bukhari)

Cara Tidur Yang Betul

“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)

Amalan Dzikir Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Sebelum Tidur

Dzikir Sebelum Tidur
Maksudnya: ” Apabila Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mahu tidur di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan dua tapak tangannya. Lalu ditiupkan dan dibacakan Qulhuwallahu ahad (surah al Ikhlas), Qul a’u zubirabbil falaq (surah Al-Falaq) dan Qul a ‘u zubirabbinnas (surah An Nas), kemudian dengan kedua tapak tangannya, baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau. Dimulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Doa Sebelum Tidur 1

Doa-Sebelum-Tidur
“Dengan nama-MU ya Allah, aku mati dan hidup” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Doa Sebelum Tidur 2

Doa Sebelum Tidur 2
Maksudnya:” Ya Allah, dengan Nama-Mu aku meletakkan bahuku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatkannya. Jika Engkau menahan rohku (mematikannya), maka berilah rahmat kepadanya, dan jika Engkau menghidupkannya, maka jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Riwayat Bukhari, Muslim, At Tirmidzi dan An Nasa’i)

Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur

Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, dan kejahatan hamba-hamba-Nya, dan daripada godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)”. (Riwayat Abu Daud & At Tirmizi)

Doa Agar Dapat Tidur Malam

Doa-Agar-Dpt-Tidur-MlmMaksudnya: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.” (Riwayat At Tabrani & Ibnu Sunni)

Doa Apabila Membalikkan Tubuh Pada Waktu Malam

Doa-Apabila-Membalikkan-Tubuh-Pada-Waktu-MalamMaksudnya: “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, Maha Perkasa. Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya. Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun”. (Riwayat Al Hakim)

Dzikir Apabila Terjaga Daripada Tidur Di Tengah Malam

Dzikir Apabila Terjaga Dari Tidur Di Tengah Malam
Maksud sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Barangsiapa yang terjaga dari tidur dan berzikir pada waktu malam dengan menyebut ‘La ilaha illallah wahdahu la syarika lah, Lahul mulku wa lahul hamd, wahuwa ‘ala kulli syai ‘in qadir, alhamdulillah wa subhanallah wala ilaha illallahwallahu akhbar wala haula wala quwwata illa billa, atau berdoa ‘Ya Allah ampunkanlah bagiku’ atau berdoa, maka dimustajabkan doanya. Jika dia berwudhuk dan bersolat maka akan diterima solatnya.” (Riwayat Bukhari)

Doa Bangun Dari Tidur

Doa-Bangun-Daripada-Tidur
Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami selepas ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mencuci Tangan Apabila Bangun Dari Tidur

“Jika salah seorang daripada kalian bangun tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu di manakah tangannya ketika dia tidur.” (Riwayat Muslim)

Syaitan Bermalam Di Dalam Rongga Hidung

“Apabila seseorang bangun dari tidurnya, masukkanlah air ke dalam hidungnya sebanyak tiga kali dan hembuskan. Ini kerana, syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya ketika tidur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Walau letih atau penat macamana sekalipun, jadikanlah amalan ini sebagai suatu kebiasaan sebelum tidur. marilah kita tanya diri kita “Bagaimana aku mulakan tidur dan bagaimana aku bangun dari tidur..?” Apakah yang membezakan tidur seorang muslim dan seorang kafir. Dengan mengamalkan apa yang baginda didik sudah pasti kita tidur di dalam keadaan tenang dan senang hati mengenangkan tidur kita didatangi pahala dan ganjaran serta keredhaan Allah dalam menyemai sunnah baginda dalam amalan tersebut.

Saturday, January 15, 2011

HAWA NAFSU..!!!!SAY NO TO HAWA NAFSU!!!!

salam..buat sahabat2 ana ..yang dirahmati Allah...moge2 sentiasa sihat..dan dalam keadaan yang tenang dan bahgia disamping keluarga yang ter cinta...ana ingin berkongsi ilmu mengenai bagaimana caranye bagi kita mahu menundukkan hawa nafsu? sekiranya sahabat2 ana lihat tajuk nie,,nampak simple dan senang kan..tapi ingat nilah musuh yang kiata sendiri tidak nampak..selepas syaitan...jadi di sini ana ingin berkongsi ilmu sedikit...agar kite nie sentiasa berfikir,dan muhasabah diri alau dimana kite berada...tak kiralah samaade sedang berhibur atau tidak...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Sayyid Ahmad Masyur bin Thaha Al- Haddad di dalam kitabnya Pembuka Pintu Syurga, memberikan nasihat :

1) UZLAH (MENYENDIRI DI TEMPAT YANG SEPI)
2) DIAM ATAUPUN TIDAK BANYAK BERCAKAP
3) banyak berjage di malam hari
4) Menahan rase lapar.

ermmm... sahabat2 ana cuba renung2kan..keempat cara yang di sarankan oleh syeik di atas...empat kaedah ini praktikal ini mampu menundukkan hawa nafsu , para ulama salaf  yang mengamalkan empat kaedah itu secara istiqa,mah berupaya mengangkat hijab spritual yang berada dalam diri masing2...dan perlu kite inagt wahai sahabat ku..lakulan empat perkara ni secara bersederhana dan seimbang..ana sampaikan peringatan nie bukan untuk sahanbat2 ana saje bahkan untuk diri ana yang kerdil ini jua...namun  kite ini sebagai khalifah dia ats muka bumi ini haruslah saling ingat mengingati dalam apa jua keadaan...insyaAllah sama kite renungkan  . dan yang paling penting....SELAMAT BERAMAL....=)

Sunday, January 9, 2011

MATLAMAT HIDUP KITE....SUNNAH BERJUANG.

ASSALAMUALAIKUM...



SUNNAH BERJUANG WAHAI TEMANKU,
BERJUANG MENEMPAH SUSAH,
MENGHARUNG DERITA MENONGKAH FITNAH
ITULAH GELOMBANG HIDUP SAMUDERA DUKA,
SEORANG MUJAHID MEMBURU SYAHID,
DIBUANG DIA BERKELANA DIPENJARA DIA,
UZLAH DIBUNUH SYAHID,
NAMUN JIWA TETAP MEMBARAMEMBURU CITA,
BERJUANG TAK PERNAH SENANG TEMANKU,
OMBAK DERITA TIADA HENTI,
TENANG TEGANG SELISIH BERGANTI,
INILAH SUNNAH ORANG YANG BERJUANG DI JALAN-NYA

MALAMNYA BAGAI RAHIB MERINTIH SAYU,
DIHIRIS DOSA AIR MATA,
SIANGNYA BAGAIKAN SIANG DIRIMBA,
MELUAHKAN TENAGA TANPA HENTI,
BERJUNAG MEMANG PAHIT,
KERANA SYURGA ITU MANIS,
BUKAN SEDIKIT MAHAR YANG PERLU DIBAYAR,
BUKAN SEDIKIT PEDIH YANG DITAGIH,
BERJUANG ERTINYATERKORBAN,
RELA TERHINA KERNA KEBENARAN,
ANTARA DUA PASTI TERJADI,
TUNGGULAH SYAHID DAN MENANG,


YA ALLAH...TERANGI JALAN HIDUPKU,
DENGAN CAHAYA KASIH-MU,
BIMBINGLAH DAKU DENGAN HIDAYAH-MU,
TUHANKU..
DIMALAM SYAHDU KU MERAYU,
AMPUNILAH SEGALA DOSEKU YANG LALU,
SUJUDKU MENDAMBAKAN KEREDHAAN MU,
TEMPATKAN DAKU DALAM RAHMAT MU,
TUNJUKKAN JALAN KEBENARAN,
SUBURKAN JIWAKU DENGAN KEIMANAN,
HANYA PADA MU OH TUHAN,
KU SANDARKAN HARAPAN,...





Saturday, January 8, 2011

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH...MUHASABAH DIRI YE TEMANKU.



Assalamualaikum...buat sahabat ana sekelian ..lembaran nie ana..hadiahkan kepada teman2..ku..samada HAwa..atau adam...ia amat berguna...ana terasa tersentuh hati ni bila memikirkan dose2 yang ana lakukan di atas muka bumi Mu ini..Ya Allah..ampuni doseku...suatu mase Aku mohon kepadaMu  Ya Allah..untuk kau pertemukan dengan orang2 yang soleh dan solehah..wali2 Mu..ana terasa sangat jelous dengan orang yang dapat berjumpa dngan orang2 yang tinggi adabnya..akhlaknya imanya..ana teringin juge...Namun ana hanya mampu berdoa..dan berusaha untuk mebaca karya 2orang 2yang soleh dan berilmu ini..ok lah ade sedikit lembaran yang ana ingin berikan buat sahabat2 ana sekelian...

        


mMampukah aku menjadi seperti Siti khadijah?Agung cintanye kepaada Allah dan Rasulullah ,Hartanye diperjuangkan ke dalam Fisabilillah,Penawar hati kekasih Allah,Susah dan senang Rela bersama,....Dapatkah ku didik jiwa ini seperti Siti Aisyah,?Isteri Rasulullah yang bijak, pendorong kesusahan dan penderitaan,Tiada sukar untuk dilaksanakan...Mengalir Aira mata ku bila melihat pengorbanan Puteri Rasulullah Siti Fatimah,Akur dalam setiap perintah,Taat dengan Ayahanadanya,yang sentiasa berjuang,Tiada memiliki harta dunia,layaklah dia  sebagai Wanita Penghulu Syurga,....Ketika ku Marah ,ingin ku intip setiap serpihan sabar ,dari catatan hidup Siti Sarah,Tabah jiwaku setabah Umi Nabi Ismail,Mengendong bayinye yang masih Merah,Mencari air penghilang dahaga,di terik padang pasir Merah,ditinggalkan suami Akur tanpa bantah,Pengharapanya hanya Pada Allah,Itulah wanita yang sangat aku kagumi ketabahanya,,iaitu Siti Hajar....Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman,bersinar harum tersebar,Bagai wanginye pusaka Masyitah...


SALAM..SEKIAN SERIKANDI MUSLIMAH..

Facebook.!!!gunekan ke arah jalan yang di Redhai..!!!


ASSALAMUALAIKUM….
Alhamdulillah…semoge hari2 yang akan datang akan jadi yg lebih baik berbanding hari2 yang lepas..begitulah kehidupan kite seharian kenalah sentiasa ade perubahan..tak kiralah sama ada sedikit ataupun banyak..ermmm..bila dipikirkan tentang hidup nie hanyalah sementara kan..dah ade tanda2 kiamat kecil..Ya Allah kau ampunilah dose daku..rase gementarlah rasenye tiba2 kan..ok lah kite focus pade tajuk yg ingin kite mulakan.. ana akui skarang nie teknologi makin pesat membangun..maju2 betul dunia nie ..kan sahabat sekelian..contohnye skrang nie..bukan sekadar telefon sebagai alat komunikasi dan hiburan..banyak lagi program yang ade …seperti My Space , Friendster,Blog , Twitter, dan yang paling tengah hangat nie…ialah FACEBOOK..sebenarnye tak salah untuk kite layari facebok.nie ade kebaikan dan keburukan yang tersendiri..ok lah disini ana nak menulis tips2 pengguna Facebook..

ana suka menasihati sahabat2 sekelian yang menggunakan facebook agar mengambil sikap lebih berhati2..jadi nye disini  ade beberapa  tindakan yang disarankan untuk mengisi facebook ini dengan baik dan manfaat..:jom kite lihat!!!!

  1. 1)      Manfaatkan ruang  yang ade untuk mempromosikan kefahaman islam melalui tulisan ,video.audio,dan sebagainye.tindakan ini…sahabat sekelian bolehlah manfaatkan mengikut kekreatifan masing2…ana tau sahabat2 ana semuanye kreatif kan..manfaatkanye untuk islam.
  1. 2)      Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensetif seperti,akaun bank,taraf kesihatan,cukuplah sekadar nama,tarikh lahir,dan latar belakang pendidikan..sahabat2 ku sekelian perkara ni penting untuk mengelakan berlakunye fitnah….
  1. 3)      Jage aurat dan pandangan mata ..jangan muat turun gambar yg tidak senonoh..lebih 2lagi pade wanita yang tidak menutup aurat ngan sempurna (khususnya wanita),Wahai teman2 ku jagalah aurat mu..jadikan Al-Quran dan As –Sunnah sebagai panduan hidup kite semua…(rujuklah surah An –Nur ayat 31)..ade mengenai cara2 penutupan aurat yang baik.
  1. 4)      Elakan Ghibah (mengumpat)dalam facebook  kerna telah terang bahwa mengumpat tue dosa yang didibaratkan seperti makan bangkai saudaranye sendiri itu haram…kan tak elok tu..jadi sama2 kite fikir..
  1. 5)      Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi  yang membuang masa diri sendiri dan orang lain .
  1. 6)      Tidak terlibat dengan permainan2 dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan islam seperti kuiz ramalan nasib.

Sesungguhnya islam tidak melarang untuk kite berhibur. Islam itu indah ,,namun kita sendiri sebagai hamba Allah yang hina nie kenalah sentiasa berzikir dan meingatinye..jangan kite alpa dengan segala nikmat yg ade di dunia nie…ok lah samapai sini sahaja warkah ana kali nie..moge2 dpat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian..insyaAllah..Amin..SELAMAT BERAMAL..


WAHAI MUSLIMAH,KAUM HAWA..




Wahai muslimah!
Keperibadian mulia seorang wanita menghiasi kehidupannya umpama permata yang indah berkilauan. Sifat kelembutan, penyayang dan penuh kemesraan merupakan fitrah yang telah dianugerahkan Allah SWT dalam diri seorang wanita. Begitu juga sifat pengorbanan dan pengabdian yang tersimpan dalam relung kalbunya mampu mempertahankan kedudukannya sebagai seorang insan yang bertaqwa. Jika wanita berpegang teguh dan menjunjung tinggi harkat dan martabatnya, maka ia umpama sekuntum bunga harum mewangi menghiasi taman-taman syurga.
Wahai muslimah!
Wanita solehah akan sentiasa menghiasi kehidupannya dengan bimbingan menuju jalan kebenaran. Mereka sangat merindui kesenangan dan kenikmatan abadi di akhirat. Mereka sentiasa sujud dengan penuh tawaduk merendahkan diri kepadaNya dengan rasa kesyahduan dan keinsafan. Pengabdiannya sebagai seorang hamba Allah dan pengorbanan sebagai seorang insan meletakkan kedudukan wanita ke tahap yang tinggi dan mulia. Sesungguhnya personaliti seorang wanita solehah mampu membentuk dan merubah wajah ummah ke arah yang lebih cemerlang.
Wahai muslimah!
Kasih sayang dan kemesraan sentiasa tersemat di dalam sanubari seorang wanita yang merupakan fitrah kurniaan Allah SWT. Namun, keistimewaan itu tidak cukup untuk menjadikannya wanita solehah jika tidak dihiasi dengan ajaran yang mulia. Hanya yang telah melengkapi diri dengan budi pekerti luhur dan keimanan yang murni akan kekal mekar sebagai bunga idaman yang menghiasi taman Syurga.

Wahai muslimah!
Wanita solehah akan menghiasi kehidupannya dengan fitrah kebenaran. Jika dia seorang anak, maka ia akan menjadi anak yang solehah. Jika dia seorang isteri, ia akan taat dan patuh terhadap suami. Jika dia seorang ibu, akan dicurahkan kasih sayangnya untuk anak-anak. Begitu juga sebagai hamba Allah, dia akan sentiasa tunduk dan menyerahkan diri kepada-Nya. Selanjutnya Wanita Solehah mampu menghargai dirinya sendiri dan mampu pula menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan.

Wahai muslimah!
Keredhaan Allah lebih indah daripada permata, lebih terang daripada sinaran matahari dan lebih jernih daripada serpihan kaca. Itulah yang merupakan impian setiap wanita beriman, dalam mencari kebahagiaan hakiki. Wanita solehah merupakan insan yang menghiasi syurga-syurga Ilahi, sebagai harapan dan rindu dendam bagi insan soleh.

Wahai muslimah!
Wanita penghuni syurga adalah wanita yang melengkapkan dirinya dengan ilmu agama, akhlak karimah, budi pekerti yang luhur dan amalan-amalan mulia. Jika telah memiliki pasangan hidup, ia akan berusaha membina rumahtangga ke jalan yang murni dan suci. Sesungguhnya keredhaan suami terhadap isterinya itu merupakan pintu untuk mendapatkan keredhaan Allah yang lebih besar.

Wahai muslimah!
Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang.

Wahai muslimah!
Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.

Nabi S.A.W bersabda, " Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah kenikmatan (perhiasan) dan sebaik-baik kenikmatan (perhiasan) dunia adalah wanita solehah" (HR. Bukhari)

Semoga ALLAh sentiasa menjaga iman kita , meneguhkan hati kita, tetap di jalanNya mengikuti jejak RasulNya, sehingga kita bisa masuk ke dalam syurga ALLAh yang penuh nikmat, kekal abadi selama-lamanya....

Insha'ALLAh, kutujukan khas buat diriku dan juga muslimah seluruhnya....Ameen