..

Monday, November 15, 2010

JOM MASUK DAPUR.....RESEPI untuk RAYE...CUBALAH..

~puding roti~

simple dan mudah untuk disediakan...

bahan :
10 keping roti ~1 tin susu cair ~ 2 sudu buttercup 1 sudu kastard ~ kismis ~ gula

cara-cara....

potong roti / carik ~ sapu buttercup pada roti ~ panaskan susu + gula + kastard
~tuang ke atas roti ~ tabur kismis

bakar ( 45 minit ) / kukus ( 30 minit )

siap untuk dihidang... :)

bila terasa nak makan...buat jer.....jangan beli kat kedai.....air tangan kita lagi terjamin dan bersih... :)


KEK BATIK



BAHAN..

1 paket biskut marie ~ 1/2 tin susu pekat ~ 1/2 buttercup ~ 3sudu air / susu segar ~ 1 paket milo ( paket kecik )

cara - cara ....

sangat mudah....

-cairkan buttercup + susu + milo + air / susu

~tutup api

~patahkan biskut ~ gaul sehingga rat

~ padatkan di dalam bekas......


ready to eat........

KELEBIHAN KISMIS,MADU DAN KURMA..JOM BACE..


salam temanku sekarang ni banyak makanan yg tidak baik untuk kesihatan manusia,,ape kate kite amalkan pemakanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W...kan bagus...setiap tindakan ,perbuatan ,percakapan nabi semuanye baik dan terbukti kesahihanye..melalui kajian2 saintis...jom kite malkan sunnah nabi.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..

teringat pepatah arab...akal yang sihat datang daripada badan yang sihat...

menjaga jasmani agar sihat sentiasa~mestilah kita menjaga pemakanan.... kita adalah apa yang kita makan...berpada-padalah saat menjamu selera~jangan turutkan nafsu makan~

Sabda Rasulullah s.a.w

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin jika diamalkan memakan buah kurma semasa mengandung akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Buah kurma tidak mengandungi gula yg merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
1)KURMA


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".


Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa
racun, sihir dan tidak diganggu setan".


Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2)KISMIS


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak
akan tertimpa penyakit kecuali kematian".



Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".


Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".


Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".


3)MADU


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an,maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakkan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

petikan artikel:
www.murabbi.net

JOM..NAK TAU KELEBIHAN SOLAT DHUHA..JOM BACE..

Allah SWT ber firman yang bermaksud:

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Antara kelebihan solat dhuha ialah :

1. Diberikan kekuatan jasmani.

    " Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )

orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain-lain.

2. Mendapat keampunan daripada Allah SWT

Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
3. Dimurahkan rezeki
Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

DOA SOLAT DHUHA

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .
Maksud :
Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Selamat Beramal Supaya Kita Lebih Dekat KepadaNYA

Tuesday, November 9, 2010

HIDUP KITA SEBAGAI KHALIFAH DAN PENDAKWAH....



Syukur kepadamu Ilahi
dengan izinmu kami disini
tidak kami berbangga diri
menyerah hidup sebagai daie

daie itu bukan gelaran
bukan juga beban
tapi fitrah hidup insan
yang mengenal kehendak Tuhan

menjadi pemimpin bukannya mudah
bila yang dipimpin banyak karenah
namun ini kukira amanah
atas rezekiMU yang melimpah ruah

jadilah kalian,
pemimpin yang beraqidah mapan,
berakhlak ikutan,
tajam akal fikiran,
tinggi kesabaran,
kuat tubuh badan,
dan amanah dalam pekerjaan.
sungguh islam dibina atas hujah,
bukan taklid buta semata.
  
biar hidup tidak berharta,
tapi cukup bekal membeli syurga,
biar hidup dihina manusia,
tapi darajatnya tinggi disisi yang Esa.

sungguh islam bukan lemah,
islam adalah agama dakwah,
umat islam adalah qudwah.

tegakkanlah kebenaran,
walaupun ia tidak menyebelahi kalian,
berkatalah benar,
walaupun tidak dibenar

sedikit bukan bermakna kalah,
sedikit bukan bermakna lemah,
pelik bukan bermakna salah,
muda bukan bermakna mentah.

wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah,
ikhlaskan niat ikut Rasulullah,
agar usaha dinilai ibadah.

rapatkan saf semangat jangan goyah
kota yang telah roboh harus dibina semula
jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
di sebalik pahit getir kemenangan menanti
 
SRIKANDI ISLAM : NUR HAKIMAH NABAHAH...


HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W(PERINGATAN BERSAMA)


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: 

*Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:

  • Pertama, orang yang meninggalkan sholat
  • Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.
  • Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya.
  • Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
  • Kelima, orang yang suka minum arak.
 SAMA2 KITE MUHASABAH DIRI ..SEMOGA KITE DALAM GOLONGAN ORANG2 YANG BERIMAN..
                  SELAMAT BERAMAL..... =) 

Monday, November 8, 2010

YA ALLAH KURNIAKANLAH KAMI BENIH HIDAYAH DAN CAHAYA KEIMANAN

                     


     ASSALAMUALAIKUM.....buat saudraku yg diredhai  Allah...moge sentiasa dalam keadaan sihat ye..kalo tak sehat gi lah jumpe doktor...heheh..ermm lagi satu kalo sakit tu kan kifarah dosa...ingat lima perkara sebelum lima perkara....aaaa,,,,teringat lagu nasyid kumpulan raihan...ermmm..Alhamdulillah ana masih lagi diberi kesempatan  menulis...dakwah melalui..media yang canggih..itu penting bagi kite umat isalam menyampaikan dakwah mengikut peredaran semasa...ok..kan..al'an ana nak berkongsi "macam mane kite nak peroleh hidayah Allah..???mesti ramai yg terfikir..senag je..dengan meningati Allah...taat padaNye...ok..ana akui semua tu betul tapi dalam hidup kite kenalah ade amar ma'aruf nahi munkar kan...saudaraku,,,

                      Para Ulama ade memberikan maklumat penting berkaitan kaedah menjemput hidayah Allah..kaedah2 itu ialah :

                                                                                                               
  1. Menghalang goda  syaitan
  2. Menahan diri drpda nikmat dunia
  3. Mencegah diri drpd hanyut dengan sesama manusia.
  4. Menyekat bisikan nafsu...
                  Jadi manusia kena lah berfikir gi mana mahu daptkan hidayah Allah...???dengan memerhatikan ke empat2 perkara ini...supaya hidayah Allah tidak terhalang daripada sampai ke hati kita semua..
 di sini ana sertakan dalil bagi setiap kaedah itu agar saudara2 ku sekelian dapat berfikir Firman Allah...ye..agar saudara berfikir bagaimana Al quran boleh dijadikan pendoman  dalam kehidupan seharian..sedangkansifat Al Qur'an itu sendiri "huda ndan nur"..fikir2kan lah ye.. :

  1.  Menghalang godaan syaitan :
"Bukankah Aku memerntahkan kepadamu wahai bani Adam ,supaya tidak menyembah syaitan ? Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata bagimu."         
  (Surah Yassin, ayat 60) 
     
     

       2.    Menahan diri daripada nikmat dunia :

"Kesenangan di dunia itu hanya sementara ,kehidupan di akhirat itu adalah lebih baik bagi orang2 yang bertakwa .Kamu tidak teraniaya sedikit pun."

(Surah an-Nisaak, ayat 77)


    
     3. Mencegah diri daripada hanyut sesama manusia : 

"Sekiranya kamu lebih mencintai bapa2,anak2,saudara2,isteri2, harta kekayaan yang kamu usahakan ,perniagaan yang kamu khuatir kerugian dan ruma2 tempat tinggal kamu,lebih kamu mencintai Allah dan RasulNya serta berjihad di jalan Allah , Tunggu sehingga Allah menurunkan keputusannya. " 


(Surah al -Taubah ,ayat 24)




4. Menyekat Bisikan nafsu :


"Pernahkah kamu melihat orang yg menjadikan hawa nafsu sebagai tuhanya ? Allah membiarkan orang seprti itu sesat dengan mengunci pendengaran dan hatinya sera menutup penglihatanya .Siapakah yamg memberikan  petunjuk kepadanya apabila Allah membiarkan dirinye sesat. tidakkah kamu mengambil pengajaran?"


(Surah al-Jasiyah, ayat 23)


             ok lah temanku...ermmm sambil2 tu cuba hayati firman Allah..sepert ayat diatas..setiap suruhan itu ade perintah Nya...mengapa kite masih lalai dan leka???sama 2kite muhasabah diri

                 Lagi satu, ana nak kongsikan bersama Bagaimana cara nya kite mahu menundukkan hawa nafsu?....ikuti...ye sahabat2 ku sekelian...belum habis lagie..


  1. Uzlah iatu menyendiri di tempat yang sepi
  2. Diam ataupun tidak banyak cakap                                     
  3. banyak terjaga di malam hari (Qiamulail)
  4. Menahan rase lapar....(mengikut kemampuan diri
    Ok lah samapai sini je....perkongsian kite..ye...ermm..selamat beramal ye temanku...insyaAllah kite boleh melakukanye...Moge Allah sentisa bersama2 kite dalam menyampaikan dakwah...dan kite berusaha..untuk menjadi yg solehah....sekian

Wassaalam
Srikandi Islam
Mujahadah fil islam...

               

NAK TAHU??KELEBIHAN SOLAT DI AWAL WAKTU..JOM..BACE..

    saudaraku..info ini anak pentik drpd I luv islam.. ana sedari betapa penting nye solat..pernah dengarkan..solat itu tiang agama..sama lah kite pelihara solat dari segi masa,,rukun,,perbuatan dan lain2,dan berjayalah orang2 yang solat di awal waktu..Allah menciptakan sesuatu yg ade di tas muka bumi ini semuanya ada hikmah dan kebaikan...SubhanaAllah...hebat sungguh Allah...jadi ana nak kongsi bersama2 tentang kelebihan kite solat di awal waktu..

 

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

 

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

 

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

 

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

 

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

 

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi...


                                                           SELAMAT BERAMAL SAUDARAKU.....

salam....saudaraku,,,,apa khabar iman mu...brkurang @ tambah.


Luqman menyatakan kepada anaknya bahawa sepanjang hidupnya, dia sentiasa ingat pada lapan kalimah yang pernah disabdakan oleh golongan nabi iaitu:

1) Apabila solat dan beribadah kepada Allah, pelihara fikiranmu.

2) Ketika di rumah orang, pelihara pandanganmu.

3) Jika menghadiri majlis, jagalah perkataanmu.

 4) Apabila menghadiri jamuan makan, pelihara perangaimu.

 5) Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.

 6) Lupakan kesalahan orang terhadap dirimu.

7) Ingat pada kematian.

 8) Ingat kepada Allah. Semoga bermanfaat.
              

        temanku ingatlah kite nie hidup di atas muka bumi Allah ini hanya lah sementara waktu..segala ape yang ade di atas muka bumi ini Allah yang punya..janganlah kite bersikap riak dan takabbur pada orang lain..kerna satu masa nati Allah boleh sahaja menarik nikmat yang telah dikurniakan..sentiasalah kite jadi orang sentiasa bersyukur atas segala pemberianye..jadi orang yang ikhlas beribadah kepadanye agar diri kite sentiasa berada dalam rahmatNYA,,,,temanku..hidup ini..banyakkanlah berzikir dan bermunajat kepadaNYA ...kerana di akhir hidup kite ini padaNYA kite kembali...akhir kate..cintailah Allah..dan RasulNya....


 WASSALAM...
SRIKANDI ISLAM : HAKIMAH NABAHAH..

Saturday, November 6, 2010

BICARA SRIKANDI ISLAM...

Bicara Srikandi

"...Ya Allah, lindungilah aku. Ya Allah, ya Tuhanku...Ya Wahid, Ya Ahad, Ya Fardu, Ya Samad, pindahkanlah aku dari dunia realiti ini. Jauhkanlah aku daripada seksaan ini semuanya. Lindungilah aku. Tempatkanlah aku di khadirat-Mu. Selubungilah aku dengan ketenteraman-Mu. Pakaikan aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Anugerahkanlah kepadaku syahid pada jalan-Mu, hanya cinta pada-Mu, hanya redha pada-Mu, kasih sayang hanya pada-Mu. Teguhkanlah imanku, ya Allah. Teguhkanlah iman semua orang yang bergelar ahli tauhid..."
-As-Syahidah Zainab Al- Ghazali- 

SAJAK BUAT SRIKANDI ISLAM...TEMANKU..HAYATILAH..

MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,
Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.

MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,
Daripada Kumbang yang membinasa,
Duri didahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.

MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat memberi.

MAWAR,
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,
kerna dirimu telah rosak dibinasakan.


MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.

                  

Friday, November 5, 2010

NASIHAT YG MEMUKAU KU....TERIMA KASIH YA ALLAH

AKU TINGGALKAN DIA DEMI ALLAH...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..

                                        ...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.Adakah kau yang tercipta untukku?Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan Kerna jawapannya bukan di tanganmu Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku Aduhai pria Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba Sebelum sampai saat itu,
biarkan aku sendiri bersama Si Dia Akan ku cipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.(Allah Maha Adil)[Hud: 56]



usah bersedih atas perpisahan sementara ini jika benar dia tercipta untukmu tiada apa yang dapat menghalangnya sebelum saat itu tiba berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan mohonlah padanya dengan penuh mengharap....


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu! tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita Allah memilihmu sayang Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itudan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah"kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah Mohonlah kekuatan dariNya Allah itu deka tyakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui[Fussilat:36]


Sayang,kamu intan terpilih jagalah kilauanmu sayang jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba aku mendoakanmu sentiasa~

Renungkanlah

Dari Shu'ib bin Jathamah, ia berkata: aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Dajjal tidaklah keluar sehingga manusia lupa dari zikirnya dan juga para pemimpin lupa dengan zikirnya di atas mimbar."

Sahabat...



"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah" 

 

Renungkan...

"Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun." 

Renungkan....

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah-Wahab B Munabin" 

renungkan...

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."
                                                 

Wednesday, November 3, 2010

KEMBALILAH TEMANKU KE JALAN YANG LURUS..

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.

Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.

 Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

Ameen

Tuesday, November 2, 2010

KATA2 INDAH BUAT TEMANKU...

                                                       
                                                           BUAT SAUDARAKU....



APABILA IMAN MASUK KE DALAM HATI SANUBARI,
TIMBUL PULA KERINDUAAN PADA ALLAH,
APABILA DIA MENDENGAR NAMA ALLAH DISEBUT
HATINYA BERGETAR BAGAIKAN 
MENERIMA SURAT CINTA DARIPADA 
KEKASIH HATI,,SETERUSNYA
TIMBUL PULA KERINDUAN MAHU MENDAPATKAN
ANUGERAH  YANG BESAR DI SISINYA...
IAITU KEREDHAANYA ..MALAH
KEREDHAAN ITU LEBIH PENTING BAGINYE  BERBANDING SYURGA
APABILA SEORANG HAMBA .....
BERJAYA MERAIH KEREDHAAN ALLAH 
PASTI HATINYE  PENUH DENGAN 
CINTA KEPADA ALLAH......




 




SRIKANDI MUSLIMAH :
HAKIMAH NABAHAH BT RUHIZAT
MAY ALLAH BLESS US...
              AMIN.......

TIPS2 MENEPIS CINTA REMAJA...JOM BACE...

SALAM....saudaraku...Alhamdulillah..ermm..sempat lagi ana untuk menulis lagi..syukur ..ermm ari nie ana nak kongsi bersama macam mane kte nak tepis cinta remaja ..ana akui..zaman remaja inilah..kite sering di uji dengan pelbagai perasaan yang bagi ana iyenye amat seronok..namun peliharalah maruah,,,diri dan agamamu,,temanku..cube cari inesiatif untuk menagkis...di sini ana ade sedikit ilmu yang ana nak katakan..ana petik daripada buku "Pemilik Cinta Ku selepas Allah dan Rasul" SubhanaAllah buku ni ana cukup kagum..dengan hasil karya kak Fatimah Syarha...ermm novelis yang ana minat sangat karya nye..same2 kite cuba meraih redha Allah...walaupun susah bagi kite namun usahalah temanku..agar cinta pasangan soleh turut dikau milikki...insyaAllah....

                                                       TIPS2 MENEPIS CINTA REMAJA 
  
 @1) Tegas dengan Prinsip Diri.
 @ 2) Meletakkan misi yang jelas dalam hidup..
 @ 3) Bersahabat dengan rakan -rakan sejantina yang Soleh...
 @ 4) Mengekang Hawa nafsu ...
 @ 5) Mendekati majlis ilmu..
 @ 6) Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah..
 @ 7) Akrab dengan Allah dalam ibadah  dan Kehidupan...

Amalkan lah temanku..moge2 kite sentiasa berada dalam naungan dan RahmatNYE amin...ana akui ianye susah tetapi kita amalkan ckit2  insyaAllah berkesan sekiranye kite amalkan.secara istiqamah.Temanku ingatlah..kalau kite berjuang ke arah banda baik..maka Allah tak akan sia2 kan kite punya perjuangan...Allah Maha Adi lagi Maha Penyayang.....








SRIKANDI MUSLIMAH:
HAKIMAH NABAHAH RUHIZAT..


NASIHAT BERSAMA TEMANKU...SUDILAH DIKAU MENDENGARNYE

......saudaraku...sekiranya jika kau belum berkahwin,kejarlah cinta Allah sebelum mengejar cinta lelaki..Tanpa Redha NYA,,andai dirinye kau milikki ....sekalipun kau pasti takkan bahagia.Percayalah..sia-siasegale usaha..yang kau curahkan...atas dasar maksiat ..inya hanya meluput kan berkat daripade hidupmu..hai temanku....nasihat ini juge untuk ana juge same2 kite berubah ke arah muslimah sejati..temanku kalo asyik bercinta nungkin jodoh mu jadi lambat kerana kebanyakkan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah.Habis madu sepah dibuang..Jika ingin mencari isteri pula biasanye mereka kan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga...dengarilah pesanku..cintailah Allah nescaya cinta pasangan soleh turut kau milikki..