..

Wednesday, May 30, 2012

Jawapan buat diri yg letih @_@


ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــ
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღم



~♥✿.¸¸.•´✿◕ BUAT RENUNGAN BERSAMA.. ~♥✿.¸¸.•´✿◕

´¯`•.•★ KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

´¯`•.•★ KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

´¯`•.•★ KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

´¯`•.•★ KENAPA AKU FRUST?

QURAN MENJAWAB :
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

´¯`•.•★ BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

´¯`•.•★ APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)







´¯`•.•★ KEPADA SIAPA HARUS AKU MENGHARAP? 

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

´¯`•.•★ AKU TAK DAPAT BERTAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)

Keep spirit..^_^

Petua AWET MUDA!!!


ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
Assalamualaikum,sahabat2...nie slah satu petua nak awet muda..petua dari utsazah Siti Nor Bahyah Mahmood...


Atas permintaan ramai di sini ustazah berikan petua awet muda pilihan kedua.

Bangun pagi baca doa,minum air sambil selawat.

lepas solat subuh baca surah yusuf ayat satu hingga empat dan 



baca ayat 35 hingga 38 dari surah al waqiah.

Mulakan segala urusan niat kerana Allah.

Berikan kemaafan kpd manusia.
Semoga dapat kita amalkan bersama-sama ye...



Wednesday, May 23, 2012

Kenangan buat teman ku ^_^




Alhamdulillah buat teman yg ana kasihi..syukran kasir ye temanku kerana membantu ku..namun pertolongan Mu itu atas kekuasaan Allah buat hambaNya..seronok sangat dapat bermusafir selama setengah hari bersama teman yang ana sayang..mge Allah sentiasa memberi rhmat ke atas temanku ini..disamping itu ana teringat akan hadis Rasullullah Bersabda,

 Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Sesiapa menghilangkan satu kesusahan orang Mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan menghilangkan salah satu kesusahan di hari qiyamat.


sambil2 berjalan2 tu kami singgah di Pantai Kuala Perlis...SubhanaAllah hebatnya ciptaanMU ya Rabb..kami melihat terbentang luasnye lautan yang indah,langit yang membiru,batu-batu yang kukuh,burung-burung berkicauan, dan matahari terbenam yang sentiasa mentaati perintahMU..sungguh indah dan tenang segala apa yang kau ciptakan..apatah lagi alangkah indahnya Menatap SyurgaMu yang tidak boleh digambarkan melalui akal fikiran..kekusutan exam yang membelenggu diri ini..telah ku luahkan di laut..^_^..dengan meingati Mu dan menghayati keindahan ciptaan Mu ,,hati ku tenang..

Firman Allah S.W.T

" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka”. 

(Ali-Imran: 190-91)


Wahai temanku dengan memikirkan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah akan menambahkan keimanan, keyakinan dan pengakuan tentang keagungan dan rubbubiyah Allah kepada seorang hamba. Sebaik sahaja memerhatikan keseluruhan atau sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah tidak mampu seseorang itu ucapkan melainkan ia berulang kali menyebutkan: “Subhanallah" 
Maha Suci Allah)..


Buat temanku khas untukmu ku sediakan satu untaian kata2 indah buat mu teman 


Bertemu Cinta dalam sulaman Kasih,
Hidup lebih indah terarah,
Menyulam tautan Hati kerana Allah,
Terpaterilah ikatan akidah,
Moge ikatan kita subur dalam Ukhwah Mahabbah,




Monday, May 21, 2012

Hati Yang Suci


-..salam buat teman2ku..apa khabar iman mu ...Alhamdulillah masih diberi kesempatan untu menulis pena untaian kata-kata yang berharga ini semuanya Milik Allah..Allah hu Rabbi. dalam banyak-banyak buah,,buah yg paling anan minat ialah strawberi..bila ana makan strawberi kite boleh kaitkan dengan kekuasaan Allah dan kite sebagai hamba Allah..Tanaman-tanaman kat cemoron highland semuanya segar-segar belaka.. Menjaga tanaman ni mcm  kite jaga anak kecil.jika kita berikan didikan agama.baiklah akhlaknya..sama juga lah dgn buah Strawberi ni..jika starwberi ni kita tanam elok-elok jaga baik-baik penuh kasih sayang maka hasilnaya manis dan lazat..tapi kan macam mana pula kalo buah strawberi rosak berulat?? kite kena buang jelah??Tak semestinya yang rosak yang berulat itu kite buang..kita ambil yang elok..tapi kite kena ingat tau buah yang rosak tak semestinya akar dye pun rosak akar nya masih elok dan boleh menghasilkan buah-buah yang baik..sama juga macam manusia walaupun dia jahat,hatinya tetap boleh dipelihara,,sebab semuanya bermula dari hati,hati ini adalah raja pada segala tubuh dan boleh menguasai akal fikiran,.,.



                Dan hati ade dua martabat pertama : hati sanubari yang berbangsa syaitan kedua : hati jamal yang berbangsa manusia..yang ada pada musia ialah hati jamal dan hati yang sebenar-benarnya ialah hati nurani yang dinamakan Qalbi ataupun Lathiful Khaf..betapa besarnya kuasa Allah yang tidak terfikir oleh akal manusia yang cetek ini..segala kejadian dan perkara yang terjadi adalah kehendakNya..kite ni manusia yang bersifat baru dan sentiasa melakukan kesilapan dan Allah  Maha pengasih dan Maha Penyayang,, taubat nasuha itulah jawapanya, bila taubat kite di terima oleh Allah kite ini diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan sebabnya manusia diciptakan sebaik-baik insan di sisiNya..berterima kasihlah pada Allah Dia yang Membuka hati dan memebri ketenangan kepada kite..Hati yang tenang ini sahabatku..hati yang sentiasa ingat pada Allah..kite kena Ingat Hati yang mendapat nur adalah  membersihkan hati semata-mata ingat pada Allah kedua mensucikan hati Hanya pada Allah..bila kite ingat pada Allah..itulah yang dinamakan maskul dan maskul itulah yang dinamakan pohon ibadah..Allah itu Maha Kuasa sahabatku..kalau Hati kite jujur hati kita ini ikhlas insyaAllah Allah akan melindungi kita....sekian..

Wassalam..

~Cahaya kebijaksanaan~




Sunday, May 13, 2012

Exam dalam kehidupan..

    Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah Dengan Izinya dapat ana buat entry baru ini..dah lama agak menyepikan diri tuan punya blog nie...Namun hanya ini yang mampu kulakukan untuk berkongsi ilmu dan tazkirah buat  teman2..Hanya dengan gerakkan jari yang diilhamkan Allah buat hamba yang hina ni mampu menulis ayat-ayat kehidupan buat teman2..Salam bahagia dan sejahtera buat teman2 yang ana kasihi..Alhamdulillah dapat ana tulis seungkap kata-kata yang hanya keluar daripada hati yang lemah ini..Hanya PadaNya kite berserah dan Kembali..Allah..Allahu Allah..selepas berjuang dalam medan pena di Dewan exam..hati ku ini bagaikan bergetar2 dan hanya berserah dan bertawakal kapada Mu ya Rabb..usaha doa dan Tawakal..itu yang mampu ku lakukan..Di saat ramai yang sebok mengejar dunia jangan dilupai Allah..Allah sentiasa Bersama Hambanya yang bersabar.teringat kata dari seorang ustaz yang ku untaikan kata-katanya buat teman2..
                         
      " Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah.Ini keranan di situlah terbitnya segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan,Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup melainkan RUMAH ALLAH..." 



         Allahu Allah..selepas membaca buku..ku teringat kata2 ustaz ini..sungguh..benar..tiada yg indah lagi tenang melainkan RumahMU Ya Allah..Hanya padamu aku mengadu segala2nya..memang hidup ini adalah ujian,hidup ini adalah ibadah dan hidup ini juga adalah sementara..namun apa salah nya kite duduk dan fokuskan hati ini hanya untuk Allah dalam masa kite beribadah kepadanya..sesungguhnya orang-orang yang beriman sentiasa mengatakan solatku adalah kerehatan bagiku..AllahuAllah..mampukah kite jadi seperti sahabat2??..insyaAllah usaha bersama2 mencapai dan meraih redhaNya..Amin.. Ya Rabb..

Cahaya Kebijaksanaan..



Monday, May 7, 2012

BAITUL MUSLIMKU..


Assalamualaikum sahabt2 yang diredhai Allah..Alhamdulillah..dapat juga cari tajuk yg sesuai..ermm tajuk hari ni..sweet ckit...Baitul muslimku..mesti ramai yg tak tau kan apa itu baitul muslim??baitul muslim itu rumahtangga orang yang beriman,,akad nikah..gerbang perkahwinan..

Hakikatnya, baitul muslim sememangnya bukan sekadar akad nikah. Bukan sekadar majlis walimah. Bukan sekadar ada rasa cinta dan kasih. Bukan sekadar mendapat zuriat.
Tetapi baitul muslim lebih besar daripada itu. Samada dari segi maksud, matlamat dan cara.
Hanya dengan memahami dan menghayati kesemua ini barulah kita dapat mencapai hakikat Baitul Muslim yang terindah.




Firman Allah Ta’ala di dalam Al-Quran :
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda bagi yang mahu berfikir. [ Ar-Ruum : 21 ]
 sedikit kata2 buat sahabat ana...: 

insyaAllah semua akan berbaitul muslimkan..^_^

Aku Hanya merancang
Allah jua menentukan
ku Pasrah pada ujian
Biarpun datang menghujan
Hikmah seiringan
untuk kufikirkan
Biar segelintir mana ujian melanda
Baik berjaya atau kecewa
Baik suka atau terluka
Ku terima dengan hati terbuka
kerana memang
Begitu kehendak-Nya
Ku yakini,itulah yg terbaik dari-Nya
Buatku,seorang hamba
Hanya Dia
Mengetahui segalanya.

Tuesday, May 1, 2012

Adab2 tidur..jom ikut sunnah Nabi..


adab-adab sebelum tidur..ermm mungkin sahabat2 pandang perkara nie remeh temeh kan..tapi nilah yg penting.mudah-mudahan kite tidur nie dalam keadaan suci dan dikira sebagai ibadah..insyaAllah banyak kebaikan nya bile kite amalkan sunnah..try tengok gmbar kartun kat bawah  tu..tulah adab2 sebelum tidur..ok sahabat2 ku sayang..selamat tidur semua.. ^_^
fikir2kan dan selamat beramal.. ^_^