..

Monday, January 24, 2011

3 PERKARA,,ALLAH AKN MEMELIHARA KITE.INSYAALLAH

"Wahai anak, jika kamu pelihara 3 perkara maka Allah akan memelihara dan menyelamatkan kamu walaupun kamu berada di dalam keadaan yang amat getir sekali :

1. Peliharalah Auratmu
Auratmu adalah benteng pertama. Apabila terlihat susuk tubuh dan bentuk saizmu, ia akan merembeskan niat dan pandangan jahat di hati ajnabi. Allah tutup auratmu kerana kamu insan istimewa dan mudah rosak bila didedahkan.


2. Peliharalah Maruahmu.
Jangan kamu berada disituasi yang merendahkan martabatmu sebagai wanita.Peliharalah nilai-nilai kewanitaanmu.Dan jangan pamerkan diri kamu sebagai pelacur yang menggoda.


3. Pelihara Adab pergaulanmu.
Peliharalah adab bersama keluarga, adab bersama teman wanita,adab bersama masyarakat dan adab bersama lelaki ajnabi...Cara kamu bercakap, cara kamu berjalan, cara kamu duduk bersama.


Paling tidak apabila kamu bersama lelaki ajnabi jarakkan diri kamu sejauh yang mungkin, lindungi pandangan mereka semampu yang boleh,Elakkan dari perhubungan yang tidak berkaitan dengan tugas dengan secara yang baik dan hormat.

Bila kamu dilandasan yang betul maka barulah kamu akan sampai kepada destinasi idaman hidupmu. Kamu inginkan suami baik yang penyayang,tidak kisahlah kalau tidak sekacak aktor. Kamu inginkan anak yang baik pekerti dan berbakti dan bukanlah anak-anak dajjal yang membuang kamu di usia tuamu.Insyallah akan diperkenankan Allah".

No comments:

Post a Comment