..

Friday, November 4, 2011

SALAM AIDIL ADHA...^__^





 DI SAAT MATA  INI MELIHAT KA'BAH YG TERSERGAM INDAH
MERINTIH HATIKU INI UNTUK MENYENTUHNYA DAN MENJEJAKINYA
DI SAAT UMAT ISLAM MEMBAWA HATI YG IKHLAS UTK BERTEMU DENGANMU
HAMBAMU INI HANYA MAPU BERDOA AGAR DPAT JUA KU BERTEMU DENGAN MU
AGAR KU MENJADI TETAMU YG TERISTIMEWA


SALAM AIDIL ADHA BUAT TEMAN2 ANA..MOGE SAHABAT2 SEKELIAN DPT MENGHAYATI ERTI PENGORBANAN YG SEBENAR..


‎"Ramai yg sanggup brkorban tk mndapatkan kekayaan, pangkat, kemasyhuran, pujian, wanita, cita2 dan lainnya, ttp ia adalah pngorbanan yg menggembirakan nafsu ug tiada nilai di sisi Allah. pengajaran yg dikehendaki dari Kisah Ibrahim a.s. adalah tk mlakukan pngorbanan yg amat tinggi semata2 menjulang perintah Allah. Mereka yg benar cintanya pd Allah akn mndahulukan hak allah drpd hak diriny wlupun trpaksa menaggung kepedihan."mge kite semua sentiasa dlm rahmat Allah..jom kite berpuase dan tingkatkan amalan kite..


Wukuf di Arafah 5 Nov 2011 dan Kelebihan Wukuf



Kelebihan wukuf atau Hari Arafah


Pada hari WUKUF , Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri di Padang Arafah dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh kerana itu, hari keesokannya ialah Aidiladha, hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam dengan menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w,
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT.

Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah SWT seperti berjihad pada jalan Allah SWT tidak akan dapat meraih ganjaran istimewa sepuluh hari Zulhijah itu melainkan apabila seseorang Muslim itu tercedera atau mati syahid atau kudanya mati dalam medan peperangan. Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

Bagi umat Islam yang tak berwukuf, mereka di galak mengerjakan korban.

No comments:

Post a Comment