..

Thursday, January 19, 2012

JaNgan Nakal2..Jadi Solehah tau..=)









Wahai kaum Hawa...jaga diri mu jge maruahmu..malu mu itu penting..jgn hilang rase malu mu pada Allah..yakinlah..Allah sentiasa bersam hambanya Yang bertakwa dan bersabar..=)

                      Nikmat Syurga tidak ternilai...Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis temanku..Kecantikan Mu hanya untuk suami tercinta...=)

Sememangnya KECANTIKAN BIDADARI TIADA TANDINGANNYA.namun, WANITA dunia yang SOLEHAH LEBIH MULIA, bahkan LEBIH BAIK dari bidadari di SYURGA..indah kan :)



hati ini MiLIk SapE temanku..


Assalamualaikum wat teman yg ana syang dan kasih kerana Allah..
salam sejahtera wat non muslim jua..Alhamdulillah ana masih diberi peluang utk mengupdate blog nie..huu rasenya dah lama ana dah tak update blog nie..masyaAllah..Allahuakhbar..kaulah maha Besar..ya Rabb hanya padamu ku beserah..hebatnya kekuasaanmu Ya Allah..Hanya padamu ku mohon pertolongan ya Rabb..Alhamdulillah hari nie mlm jumaat jom selawat rakan2 ana..3x... اللهم صلى على محمد..Ya Rabb bantulah hambaMu ini..hati ini tidak kuat tanpa kasih sayang mu Ya Rabb..selawat keatas nabi banyak kelebihanya ..antaranya.

Rasulullah SAW bersabda, "sesungguhya orang yang paling aku sukai dan paling dekat denganku kedudukannya pada hari kiamat kelak ialah orang yg paling elok akhlaknya .."

SubhanaAllah..sape yg tidak mau bersama ngn Nabi ketika di syurga..NAbi Muhammad contoh qudwah hasanah yg baik dicontohi..ya Rabb Mudah-mudahan Allah tempatkan ku bersam dengan nabi Muhammad..Amin Ya rabb..


   Hati dijaga insyaAllah Akhlak terpuji..HAti ini bagaikan raja..jika rosak hati ni..maka rosaklah keseluruhanya...Ingatlah teman2 yg ana sayangi..ini juge salah satu Peingatan buat diri yg lemah ini...sekian..wassalam..


Tuesday, January 17, 2012

NEveR GiVe Up...!!!

     Allah Maha Pemurah Lagi Maha penyayang...
Yakinlah Allah Sentiasa Bersama HambaNya..


Allah Sentiasa bersama hambaNya Yang bersabar..
""Manusia Yang Paling dicintai Allah adalah orang yang Hatinya bersih dan Lisanya jujur..sedangkan Manusia yang dibenci Allah adalah orang yang suka bermusuhan dan bertengkar""



Allah tidak akan beri ujian kepada HambaNya sekiranya ...Hambanya Tidak mampu menanggungnya.. so never give-up...


 But.... Allah sangat sayang pada kite semua..disebalik ujianya ade hikmah yg tersembunyi...Allahuakbar!!!

Tuesday, January 10, 2012

kAtAkAn TAK NAK!!!! pada sombong!!

Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh. ^_^


1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah mereka itu lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih kurang melakukan dosa.


2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadat berbanding kita.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.




JAUHI PENYAKIT HATI YANG ADA DALAM DIRI..NESCAYA HATIMU AKAN TENANG DAN HIDUP INDAH SENTIASA DALAM REDHA-NYA..

Tuesday, December 13, 2011

SuCI HaTiMu WaNiTa





 BisIkaN SyAhdU KaTa2 nAN InDaH BuAt HaWa..



buat muslimat2..sekelian...

Dirimu terhias sebagai sebaik-sebaik ciptaan..Maka jadikanlah dirimu NISA' yg boleh menjadi mujahidah...Jihad di jalan Allah..Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang..Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang...Jadikanlah dirimu gadis yang manis yang tak pernah kalah dgn redup panahan mata dn gangguan adam....biar nafsumu hidup dalam tarbiyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan & dikirim untuk mujahidah menuju Tuhan Rabbul Izzati".-" peringatan bersama





Cahaya kebijaksanaan



Friday, December 9, 2011

Hayati doa duduk anatara dua sujud


Hayati doa duduk anatara dua sujud
       Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku).
Warhamni (sayangi aku).
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja. Moge dapat memberi sedikit ilmu buat teman2..

Ujian hidup umpama pelangi


Ujian hidup umpama pelangi   
  
     Salam sayang buat teman2 ana sekelian..Alhamdulillah lembaran kata yg ana tulis ni untuk teman2 dan buat diri yg hina juga moge beri manfaat buat semua walaupun hanya seketika...sahabat sahabiah berusahalah mencari redha Allah..seberat manapun ujian yg kite miliki sesungguhnya Allah sangat saying pada kite..Allah tidak zalim..Malah Allah lebih Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..Ujian hidup ini adalah untuk menguji iman dan taqwa di dalam hati HambaNya..setiap ujian yg melanda itu semuanya ade hikmah..sentiasa berdoa dan yakin pada Allah..insyaAllah kite akan tabah harungi  ujian dgn tenang..ku titipkan doa buat teman2 untuk menguatkan lagi iman dan kasih kite pada Allah..

      Ya Allah , kalau la ini adalah dugaan pada aku dan kifarah pada dosa2 aku maka aku redha Ya Allah , aku mohon kau berilah kekuatan pada aku dalam mengaharungi akan segala ini  Ya Allah..sekiranya sahabat-sahabiah dan kawan-kawan sekalian meletakkan kebergantungan kepada  Allah maka akan datang bantuan kepada kita. Kita kena yakin dengan sepenuh hati pada Allah kerana tak ada tempat selain  Allah tempat kita bergantung. Sebab bila hati gelisah tak tenang, tak tenteram, bila hatimu goyah terluka dan merana,Jauhkah hati ini dari Allah, Hilangkah dalam hati dzikirku, imanku, Sesungguhnya, hanya dengan Allah hatimu akan menjadi tenang, Dengan mengingat Allah, hilangkan semua kegelisahan, Cukuplah hanya Allah hati bergantung dan berserah diri..
  serangkap syair ana berikan buat teman2 yg ana sayang..~
Wahai teman yang soleh dan solehah,
Hidupkan hatimu dengan zikir yang indah
wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah,
ikhlaskan niat ikut Rasulullah,
agar usaha dinilai ibadah.
~Cahaya kebijaksanaan ~