Alhamdulillah buat teman yg ana kasihi..syukran kasir ye temanku kerana membantu ku..namun pertolongan Mu itu atas kekuasaan Allah buat hambaNya..seronok sangat dapat bermusafir selama setengah hari bersama teman yang ana sayang..mge Allah sentiasa memberi rhmat ke atas temanku ini..disamping itu ana teringat akan hadis Rasullullah Bersabda,
Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Sesiapa menghilangkan satu kesusahan orang Mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan menghilangkan salah satu kesusahan di hari qiyamat.
sambil2 berjalan2 tu kami singgah di Pantai Kuala Perlis...SubhanaAllah hebatnya ciptaanMU ya Rabb..kami melihat terbentang luasnye lautan yang indah,langit yang membiru,batu-batu yang kukuh,burung-burung berkicauan, dan matahari terbenam yang sentiasa mentaati perintahMU..sungguh indah dan tenang segala apa yang kau ciptakan..apatah lagi alangkah indahnya Menatap SyurgaMu yang tidak boleh digambarkan melalui akal fikiran..kekusutan exam yang membelenggu diri ini..telah ku luahkan di laut..^_^..dengan meingati Mu dan menghayati keindahan ciptaan Mu ,,hati ku tenang..
Firman Allah S.W.T
(Ali-Imran: 190-91)
Wahai temanku dengan memikirkan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah akan menambahkan keimanan, keyakinan dan pengakuan tentang keagungan dan rubbubiyah Allah kepada seorang hamba. Sebaik sahaja memerhatikan keseluruhan atau sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah tidak mampu seseorang itu ucapkan melainkan ia berulang kali menyebutkan: “Subhanallah"
Maha Suci Allah)..
Buat temanku khas untukmu ku sediakan satu untaian kata2 indah buat mu teman
Bertemu Cinta dalam sulaman Kasih,
Hidup lebih indah terarah,
Menyulam tautan Hati kerana Allah,
Terpaterilah ikatan akidah,
Moge ikatan kita subur dalam Ukhwah Mahabbah,
(@_@)::)Saya sayang awak kerana Allah.
ReplyDeletesaya sayang Awak juga kerana-Nya...
ReplyDelete