..

Tuesday, April 17, 2012

CINTA Kepada PEMILIK segala cinta

     Assalamualaikum buat teman yang ana kasihi , mge sentiasa diredhai Allah..Ya Rabb rasenye dah lame ana tak menulis blog ini..dengan kesebokan yang dimiliki ini hatiKu terus hanyut dalam menjalankan dakwah di blog ini..Suasana mentari yang menyinari alam,burung berkicauan menandakan zikirnya pada PenciptaNya,haiwan yang sentiasa bekeliaran sambil memuji TuhanNya..Namun apa yang manusia lakukan di siang hari ..semestinya pelbagai peringkat umur masing-masing mencari rezeki diatas muka Bumi Allah ini..Jiwa ini Bagaikan meronta-ronta,,kadang2 menginginkan ketenangan,keseronokan kadang2 ianya seperti malam yang gelap gelita tanpa ada sedikit cahaya dihati ini..ya Rabb Hati ini merinduimu,menyayangimu,ingin sekali ku bertemu denganMU di syurga untuk melihat wajahMu ya Rabb..Namun adakah hati ini layak menerimah kasih dan cinta DariMU..Aku tahu Kau Maha Mendengar dan Maha Pengasih..Disetiap helahan nafasku,degupan jantungku semuanya milikMu..Tiada apa yang ada pada diri ini,,Hanya Padamu Aku kembali Wahai tuhanku..

Semakin Ku jauh dariMU
Semakin dekat pula kau menghampiri daku
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah Diriku DipandanganMu
Semakin cuba ku dekati
Semakin Kuat Pula 
Kau mendugai Aku
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya aku dihadapanMu...



Teman yang Ana sayang..Allah pastinya tidak kan menzalimi hamba-hambaNya yang berusaha mendekati-Nya.Tetapi biasanya manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri dengan menjauhi Allah..
Buktinya cinta itu,bukan sekadar dengan kata-kata,tetapi dengan amal dan perlakuan kita..Walaupun sekecil-kecil amal kebajikan yang kite buat,Allah sentiasa mengetahui dan membalasnya..

 seseungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun.
Tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri
(Yunus 10 : 44)

Akhir pesanan ku buatmu Teman :
Ingatilah Allah dalah suka dan dukamu,hidup ini bagaikan roda yang sentiasa berputar kadangkala ia berada dibawah dan diatas,Namun keimanan kita sentiasa utuh dan kuat dalam mencapai redhaNya..Tanpa Rahmat dan kasih sayangNya tidak mungkin kita dapat menghirup udara dan melihat alam yang indah di sinari RahmatNya..siang hari kita menjadi seperti singa yang mencari rezeki yang halal di atas muka bumu ini,yang hanya pinjaman dariNya,,Namun di Malam hari menjadi ulat yang sentiasa merendah diri di malam yang sepi bermunajat kepadaNya..Berbaik sangka lah dengan Allah..janji Allah itu pasti buat hambanya yang beriman..

No comments:

Post a Comment