..

Saturday, October 30, 2010

JAGE KESIHATAN..MENGIKUT SUNNAH NABI...



Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU                                   
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.


Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Oleh itu saudaraku....sama2 lah kite ikut sunnah nabi...kalau kite sayang nabi Muhammad...kite bukan sekadar selawat sahaje..tapi...dengan cara kite amalkan sunnahnye...nabi telah bersabda ..barang siapa yang mengikut 2 perkara ini ia tidak akan sesat yaitu...al quran dan as sunnah...
sekian.....                                                            
wassalam...
srikandi islam....hakimah..

Tuesday, October 26, 2010

KHABAR GEMBIRA BAGI ORK MUKMIN..DAN PRRINGATAN BERSAMA

Dalil Al-Quran....khabar genmbira untuk orang mukmin..

" BERIKAN HHABAR GEMBIRA kEPADA ORANG2 YANG TUNDUK PATUH KEPADA ALLAH ,IAITU ORANG2 YANG GEMENTAR HATI MEREKA APABILA MENDENGAR NAMA ALLAH, ORANG2 YANG SABARPADA APA YG MENIMPA MEREKA ,ORANG 2 YANG MENDIRIKAN SOLATDAN ORANG2 YANG MENIKAHKAN SEBAHAGIAN DARIPADA APA YANG KAMI BERIKAN KEPADA MEREKA "

(SURAH AL-HAJ, AYAT 34 -35)

Daripada ayat di atas ..apa yang kite dapat simpulkan adalah hamba2 Allah yang memperoleh khabr gembira ini adalh mereka yang tidak sekadar mengamalkan sebahagian drpd ajaran islam,tetapi menngamalkanye  secara istiqamah .Mereka tunduk dan patuh kepada Allah dalam semua aspek Hati mereka gementar mendengar nama Allah ,sabar menjalani kehidupan ,bersolat lima waktu  dan selau bersedekah..Ingatlah saudarku....4 perkara yg ditulis ditas itu perlu wujud dalam diri setiap individu serta ianye tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan orang mukmin...


 SAUDARAKU.....INGATLAH...SEMAKIN TINGGI MANUSIA  MENGGUNAKAN AKAL
FIKIRANNYA , SEMAKIN TINGGI KUALITI IMANYE DI SISI ALLAH...................

jadi fikir2 ....dan renung2 kanlah.......Selamt Beramal.....

DARIPADA : SRIKANDI MUSLIMAH
d

Monday, October 25, 2010

SALAM..SAUDARAKU..HAYATILAH LUAHAN HATIKU INI..


  Salam..saudaraku...apa khabar iman mu...semakin bertambah @ berkurang..moge2 dalam keadaan bertambah...Amin...saudaraku ana nak berkongsi sedikit luahan hatiku mengenai naluri seorang remaja ku terhadap perasaan ini..yang mane orang selalu kata ianya fitrah kehidupan...Memang Allah jadikan lelaki dan perempuan itu berpasangan dan saling memerlukan...dan Ingat Allah cptakan manusia itu juga ada tujuan iaitu untuk menyembahNye..dan taat kepada Nye..jadi luahan ini bukan ye sepenuhnye @100 peratus dari saye..namun saye ambil drpde pengalaman hidup sahabat2 ana dan ana simpulkan... moge dijadikan iktibar ye.
        Saudaraku..cinta itu indah jika disulami dengan Cinta kepada Allah..dengan memelihara batas pergaulan..Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada  sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas  jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak  akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh  cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple  mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita  berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah  tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang  kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan  dikahwinkan dengannya.."Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi  hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya  hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang  bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi  apabila kita mencintai saudara perempuan, kita  bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita  ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu  diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat  itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki  dan seorang perempuan. Cuba Saudara2 ku renungkan, kita  mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna  agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.  Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula  dengan yang lain..Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan  dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha  Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama  bekerjasama untuk mencari redha Allah..  Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan  untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang  awalnya
"Saudaraku jadi di sini ana nak saudara faham, jatuh  cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun  bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada  lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang  curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang  penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita  supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta  itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.  Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang  kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si  dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,  segala perkara yang kita cintai dan sayangi ..  Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,  beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita  benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata"saudaraku.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita  sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu  untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh  memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri  dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam  hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebabkita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza  dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah  pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,  sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta  dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..  Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang  pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

" Redha lah"saudaraku.. Walau siapapun  jodoh yang Allah hantarkan  untuk kite, terimalah dengan hati yang redha.. Tak  mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau  yang saudara sayang, tak jadi hal  lah.. Tapi kalau  dapat yang saudara tak nak, lantaran kelemahan yang  ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap  insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing -masing. Dan mungkin saudara2ku  ada kekuatan yang dapat  mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna  dan mungkin saudara  sahaja yang mampu mencungkil  kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si  lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang saudara  sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada saudara.. Alangkah bertuahnya saudara2ku sekelian kalau kite ini sebagai hamba Allah mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Saudaraku terlalu banyak Ayat AlQuran  yg berkaitan dengan nikmat dan syukur ini antaranye dalam Surah Luqman..Ayat yg ke 12 ..saudara  rujuklah dan haytilah maknanye…Sekian…segale ape yang ana tulis dalam blog ini bukan untuk saudara2 sahaje tapi untuk ana juge…sebagai peringatan bersama…..=)

Daripada :Srikandi  islam









Sunday, October 24, 2010

JOM KITE JAGA KESIHATAN.......BADAN , FIKIRAN,MATA


  •  4 POINT MELEMAHKAN BADAN
  • !!! Banyak minum air ketika makan  
  • !!! Sentiasa cemas
  • !!!Banyak makan bahn yg masam
  • !!! Banyak bersetubuh

  • 4 POINT MENAJAMKAN MATA
  • =)... Memandang warna hijau
  • =)... Duduk menghadap kiblat
  • =)... Bercelak sebelum tidur
  • =)...Berpakaian bersih

  • 4 POINT MEROSAKKAN MATA
  • Memandang Najis
  • Melihat Orang dibunuh
  • Melihat kemaluan
  • Membelakangi kiblat

  • 4 POINT MENAJAMKAN FIKIRAN
  • Tidak banyak bercakap kosong
  • Rajin Bersugi
  • Bercakap dengan Orang yg soleh
  • Bergaul dengan alim ulama..
                                                                                                                                                                

kisah2 tauladan....Mari Membaca bersama=)

   




                   Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

SALAM...PENA BUAT SAUDARKU SEISLAM..MARI AMAL SBLUM TIDOR




 ASSALAMUALAIKUM.......SAUDARAKU SEISLAM.....

Pernah dengar pepatah arab...yang saya terjemahkan dalam b.melayu..ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa buah...emmm  kalau difikirkan memang dalam maksudnye.dalam kehidupan seharian sering kali kite pelajari pelbagai ilmu..contohnye sekiranya kite membaca Alquraan kite bace terjemahan agar boleh kite ambil iktibardan pengajaran..kite amalkan walaupun sedikit...sesungguhnya Allah suka pada hambanya yg beramal secara istiqamah walaupun sedikit..itu lagi baik kan..daripade tidak buat langsung..jadi same2 kite beramal...secara istiqamah..

                     baiklah kite masuk pade topik yang lain..topik yang berkaitan  dengan tajuk diatas iaitu "MARI AMAL SEBELUM TIDUR"macam pelik je kan ..tapi jadikaniye sebagai ilmu dan amalan dalam kehidupan seharian...disini ana nak bawak kan satu kisah yg sangat menarik untuk kite semua :

Rasullullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan  kau tidur sebelum melakukan 4 perkara :

  1. Sebelum khatam Al-Quraan 
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu 
  4. Sebelum kau melaksanakan haji dan umrah...
ok lah sebelum ana meneruskan kisah yang menarik ini...apa pandangan antunna sekelian sekiranya antunna jadi tempat Saidatina Aisyah....Pelikkan...???? ok kite teruskan



Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah ....bagaimanakah aku dapat melaksanakan empat perkara seketika??Rasul tersenyum dan bersabda :jika engkau tidur bacalah :

  • Al Ikhlas tiga kali (seakan2 kau mengkhatamkan Al-Qur'an)
  • Membaca selawat untukku dan para nabi sebelum aku (maka kami semua akn beri syafaat kpdamu)
  • Beristighfarlah untuk para muslimin (mereka akan redhai kamu)
  • Bertasbihlah ,bertahmid,bertahlil,bertakbir (seakan2 kamu telah melaksanakan ibadah haji)
Jadi pandangan saudara sekelian..dari sudut sikologi kite melihat 'wah senagnye...nak melakukanye bukan tapi sebenarnye hati dan iman yang mantap itulah akan melakukan amalan2 yang didebutkan diatas...Ye ana akui kite tidur kadang lupe nak buat semua amalan2 tu..tapi sesekali sebelum tido ape salahnye kite ambil wuduk,dan muhasabah diri...serta nak lagi baik kite amalkan apa yang nabi sarankan pada Saidatina Aisyah...barulah kite tidur dalam keadaan aman dan tenang..ingat baca ayatul kursi..agar Allah pelihara kite...segala ilmu ini untuk antunna semua dan untuk diri ana juge....
                                               

Add caption
SALAM UKHWAH SAUDAR KU...DAN SELAMAT BERAMAL =)

JADILAH MUKMIN YANG KUAT..... =)

MUSLIM UMPAMA TANAMAN DIGONCANG ANGIN..

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Perumpamaan orang mukmin adalah seperti tanaman yang selalu digoncang angin.(begitu juga orang mukmin selalu diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran)...

D
i
sini kita dapat berfikir bahawa orang mukmin yang sebenar sentiasa diuji dengan ujian yang berat..namun Allah tu tak zalim ia akan memberi ujian kepada hambanye mengikut kemampuan hamba2 nye...bahkan disebalik ujian tu ade hikmahnye yang Allah berikan...Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda :.Ucapkanlah innalillahi wa inna ilaihi roa'jiun semase kamu di timpe musibah, dan berdoalah : Ya Allah berikanlah aku pahala atas musibah ini dan gantikanlah musibah ini dengan sesuatau yg lebih baik... insyaAllah dengan izinye dalam rase pahit ade manisnye dam kite mesti bersangka baik kepadanye ...

tatkala kite mghadapi ujian hidup ucapkanlah ucapan tersebut di samping menghayati makne dan isi kandungan doa tersebut...wahai saudaraku ingatlah orang yang beriman selamanye tidak akan merasakan putus asa kerana dia sentisa yakin dengan janji - janji Allah S.W.T  melalui  FirmanNYA dalam surah al-A'raf ayat 156 yang bermaksud : dan rahmat - Ku meliputi tiap-tiap sesuatu."

                                                  LA TAHZAN INNA ALLAH HA MA'A ANA...

Wanita Hiasan Dunia ....Seindah hiasan Adalah Wanita solehah

 WANITA.......
WAHAI WANITA YANG SOLEHAH...Jadilah wanita yang bahagia dan kebahagian yang sejati itu ada pada diri kita ....WAHAI MJSLIMAH YANG SOLEHAH....peliharalah hubungan mu dengan Allah...Bermunajatlah kepadaNYA,Berserahlah diri kepadaNya dan melakukan Perkara2 yang menyebabkan KeredhaaNYA akan membuat Manusia bahagia...Janganlah putus asa dari RahmatNYE...Allah Maha pengampun dan Penyayang..
  

WANITA ......
Tidak ubah seperti bunga yang semerbak atau burung yang berkicauan 
Ambillah iktibar daripada peristiwa pohon semalu...pohon semalu mempunyai akar tunjang yang sangat kuat mencengkam bumi dibaratkan wanita mestilah mempunyai hubungan iman yang kuat kepada Allah dan RasulNYA...daunye yang akn kuncup dengan sendirinye apabila disentuh..dibaratkan malulah kamu wahai wanita dengan perkara2 maksiat,,,beramallah dengan amalan yang baik..batangnye yang berduri..wanita mesti berani mempertahankan diri dalam menghadapai kesusahan,tabah,sabar dan tenang dalam menjalankan tugas sebagai khalifah di ats muka bumi ini ..hidup kita wahai wanita hendaklah berlandaskan Al-Quraan dan As-Sunnah...jangan sesekali melanggar kedua2 nye...nabi pernah bersabda : aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara  diman kamu tidak akan sesat selama nye selagi mana kamu berpegang teguh dengan 2 perkara ini.dan yang terakhir daunye akan kuncup apabila tiba senja...wahai wanita peliharalah MARUAHMU..AGAMAMU,AURATMU...agar dirimu sentiasa dalam golongan orang yang beriman...ingatlah wanita sesungguhnya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..sesungguhnya Allah bersama orang2 yang bertakwa dan orang2 yang berbuat baik...

ASSALAMUALIKUM...TEMANKU SEKELIAN.....
Diharapkan sihat sejahtera dan sentiasa dipayungi rahmat NYA..ana menyediakan gambar yang indah di atas itu..ade menulis perkataan yg sinonim dengan diri kita iaitu" ISLAM IS MY WAY OF LIFE.... "

Islam itu indah sangat....san kite sebagai hambanya hendaklah rase bersyukur atas 2 nikmat yang terbesar dalam diri setiap muslim iaitu :
  1. Nikmat Iman
  2. Nikmat Islam
Nikmat iman ini merupakan perkara yg sangat penting dalam kehidupan seharian...Akidah yang mantap dapt melahirkan iman yg baik dan kamil...muslim dan muslimat wajib berpegang bahawa Allah itu tuhan kita..tiada  siapa yang berhak disembah melainkan Allah,dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah..lailahaillaAllah MuhamaduRasullullah.....itulah senaik2 zikir...yg selalu berada dalam jiwa setiap orang yg beriman.

Nikmat Islam...
Islam agama yang suci,indah,dalam setiap perkara,dari segi perbuatan,percakapan,akhlak,dakwah..dan lain2.islam amat mementingkan kebersihan jiwa,rohani,dan fizikal...cuba kita fikirkan..islam itu agama yang sempurna dan memiliki sejarah kebangkitan yang sangat menarik...pelbagai cabaran,halangan dan rintangan yang perlu dilalui oleh Nabi Muhammad,dalam menyampaikan islam di serata dunia...sehinggalah ialam berkembang dengan maju...


.