..

Monday, October 25, 2010

SALAM..SAUDARAKU..HAYATILAH LUAHAN HATIKU INI..


  Salam..saudaraku...apa khabar iman mu...semakin bertambah @ berkurang..moge2 dalam keadaan bertambah...Amin...saudaraku ana nak berkongsi sedikit luahan hatiku mengenai naluri seorang remaja ku terhadap perasaan ini..yang mane orang selalu kata ianya fitrah kehidupan...Memang Allah jadikan lelaki dan perempuan itu berpasangan dan saling memerlukan...dan Ingat Allah cptakan manusia itu juga ada tujuan iaitu untuk menyembahNye..dan taat kepada Nye..jadi luahan ini bukan ye sepenuhnye @100 peratus dari saye..namun saye ambil drpde pengalaman hidup sahabat2 ana dan ana simpulkan... moge dijadikan iktibar ye.
        Saudaraku..cinta itu indah jika disulami dengan Cinta kepada Allah..dengan memelihara batas pergaulan..Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada  sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas  jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak  akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh  cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple  mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita  berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah  tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang  kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan  dikahwinkan dengannya.."Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi  hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya  hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang  bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi  apabila kita mencintai saudara perempuan, kita  bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita  ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu  diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat  itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki  dan seorang perempuan. Cuba Saudara2 ku renungkan, kita  mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna  agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.  Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula  dengan yang lain..Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan  dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha  Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama  bekerjasama untuk mencari redha Allah..  Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan  untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang  awalnya
"Saudaraku jadi di sini ana nak saudara faham, jatuh  cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun  bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada  lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang  curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang  penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita  supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta  itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.  Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang  kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si  dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,  segala perkara yang kita cintai dan sayangi ..  Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,  beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita  benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata"saudaraku.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita  sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu  untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh  memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri  dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam  hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebabkita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza  dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah  pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,  sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta  dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..  Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang  pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

" Redha lah"saudaraku.. Walau siapapun  jodoh yang Allah hantarkan  untuk kite, terimalah dengan hati yang redha.. Tak  mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau  yang saudara sayang, tak jadi hal  lah.. Tapi kalau  dapat yang saudara tak nak, lantaran kelemahan yang  ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap  insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing -masing. Dan mungkin saudara2ku  ada kekuatan yang dapat  mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna  dan mungkin saudara  sahaja yang mampu mencungkil  kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si  lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang saudara  sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada saudara.. Alangkah bertuahnya saudara2ku sekelian kalau kite ini sebagai hamba Allah mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Saudaraku terlalu banyak Ayat AlQuran  yg berkaitan dengan nikmat dan syukur ini antaranye dalam Surah Luqman..Ayat yg ke 12 ..saudara  rujuklah dan haytilah maknanye…Sekian…segale ape yang ana tulis dalam blog ini bukan untuk saudara2 sahaje tapi untuk ana juge…sebagai peringatan bersama…..=)

Daripada :Srikandi  islam









No comments:

Post a Comment