..

Tuesday, December 13, 2011

SuCI HaTiMu WaNiTa





 BisIkaN SyAhdU KaTa2 nAN InDaH BuAt HaWa..



buat muslimat2..sekelian...

Dirimu terhias sebagai sebaik-sebaik ciptaan..Maka jadikanlah dirimu NISA' yg boleh menjadi mujahidah...Jihad di jalan Allah..Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang..Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang...Jadikanlah dirimu gadis yang manis yang tak pernah kalah dgn redup panahan mata dn gangguan adam....biar nafsumu hidup dalam tarbiyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan & dikirim untuk mujahidah menuju Tuhan Rabbul Izzati".-" peringatan bersama





Cahaya kebijaksanaan



Friday, December 9, 2011

Hayati doa duduk anatara dua sujud


Hayati doa duduk anatara dua sujud
       Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku).
Warhamni (sayangi aku).
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja. Moge dapat memberi sedikit ilmu buat teman2..

Ujian hidup umpama pelangi


Ujian hidup umpama pelangi   
  
     Salam sayang buat teman2 ana sekelian..Alhamdulillah lembaran kata yg ana tulis ni untuk teman2 dan buat diri yg hina juga moge beri manfaat buat semua walaupun hanya seketika...sahabat sahabiah berusahalah mencari redha Allah..seberat manapun ujian yg kite miliki sesungguhnya Allah sangat saying pada kite..Allah tidak zalim..Malah Allah lebih Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..Ujian hidup ini adalah untuk menguji iman dan taqwa di dalam hati HambaNya..setiap ujian yg melanda itu semuanya ade hikmah..sentiasa berdoa dan yakin pada Allah..insyaAllah kite akan tabah harungi  ujian dgn tenang..ku titipkan doa buat teman2 untuk menguatkan lagi iman dan kasih kite pada Allah..

      Ya Allah , kalau la ini adalah dugaan pada aku dan kifarah pada dosa2 aku maka aku redha Ya Allah , aku mohon kau berilah kekuatan pada aku dalam mengaharungi akan segala ini  Ya Allah..sekiranya sahabat-sahabiah dan kawan-kawan sekalian meletakkan kebergantungan kepada  Allah maka akan datang bantuan kepada kita. Kita kena yakin dengan sepenuh hati pada Allah kerana tak ada tempat selain  Allah tempat kita bergantung. Sebab bila hati gelisah tak tenang, tak tenteram, bila hatimu goyah terluka dan merana,Jauhkah hati ini dari Allah, Hilangkah dalam hati dzikirku, imanku, Sesungguhnya, hanya dengan Allah hatimu akan menjadi tenang, Dengan mengingat Allah, hilangkan semua kegelisahan, Cukuplah hanya Allah hati bergantung dan berserah diri..
  serangkap syair ana berikan buat teman2 yg ana sayang..~
Wahai teman yang soleh dan solehah,
Hidupkan hatimu dengan zikir yang indah
wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah,
ikhlaskan niat ikut Rasulullah,
agar usaha dinilai ibadah.
~Cahaya kebijaksanaan ~

MaAl HiJrAh 1 MuHaRaM 1433


MaAl HiJrAh 1 MuHaRaM 1433

Assalamualiakum buat teman2 ana yang dikasihi..moge sentiasa dlm rahmat Allah..Salam maal hijrah ana titipkan buat sahabat2 ana.moge sentiasa ade azam dan hijrah yg lebih baik untuk masa akan dtg,,dan moge tahun yang mendatang lebih baik dan cemerlang dari yg sebelumnya ..Alhamdulillah skrng nie kite semua dah masuk tahun islam yg baru iaitu bulan yg pertama dalam islam Muharam..MasyaAllah sungguh cepat mase berlalu..ya Allah Kau redhai dan berkatilah sepanjang kehidupanku di atas muka bumi mu ini Ya Rabb..Amin..khair..kite terus lah masuk ke perkenalan maal hijrah…
      Harta,pangkat,wajah semua tu tidak dinilai oleh Allah namun ynag dipandang Allah adelah TAQWA..taqwa satu istilah yg sering kali dengar di majlis2 ilmu dan dalam kehidupan seharian..segala apa yang dilakukan semuanya berkait rapat dengan taqwa..yang membezakan kite semua adelah Taqwa..sebaik2 pakaian kite adelah taqwa..Taqwa ialah mencegah diri daripada azab Allah dgn membuat amal soleh dan takut kepadaNya di kala sendirian atau dihadapan orang ramai..senang kata taqwa nie pengabdian jiwa dan hati kite hanya PadaNya dalam setip denyut nadi dan hembusan nafas sepanjang hidup di atas muka bumi ini..
`     Kehidupan ini pnuh dgn duri-duri..duri syahwat,duri nafsu,duri dosa yg sentiasa menyelubungi kite semua.Andai tidak sedia menyiapkan diri utk melangkah dgn penuh waspada duri2 itu akan menembusi lngkah kite.Sebelum melangkah kite kena mengenal mana tempat yg selamat dan tempat yg memudharatkan..Bersiap dgn penuh kewaspadaan itulah ibarat nya taqwa…Hidup kite sebgai hamba Allah tidak kira samada golongan tua ataupun remaja..semuanya tetap hamba Allah..remaja yg dihiasi dengan nur iman hidayah dan taqwa hati yg bersinar dengan rahmat ilahi itulah remaja yg dikasihi dan berkualiti…biarlah hidup ini sntiasa dlm lindungan rahmat ilahi..hijrah yg baik akn membawa kepada keazaman dan akhlak  yg mulia..Cinta Allah dan rasul melebihi segala2nya..sentiasa menghadiri majlis ilmu umpama taman2 syurga dan dekatkan diri pada org2  yg soleh..mudah2 han hidup sentiasa diberkati …insyaAllah..
Cahaya kebijaksanaan…

JoM kEnAlI nAbI kite ~ Nabi Muhammad S.A.W ~



   Assalamualaikum…bagaimana iman antum?? insyaAllah bertambah.. ok lah hari nie jom kite mengenali Nabi Muhammad S.A.W..Kite bermula dripada Kelahiran Baginda , salasilah Baginda.,isteri2 baginda dan Anak-Anak baginada Muhammad S.A.W…


~ KeLaHiRaN  ~ Baginda  dilahirkan di Mekkah Al Mukarramah,pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah / 20 April 570 Masihi..

~ SiLaSilaH NaBi  ~
Muhammad bin Abdullah Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah Bin Ka’ab Bin Luayyi bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Ilyas bin Muadhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan..

~ IsTeRi  NaBi  ~
1.       Khadijah binti Khuwalid r.a
2.       Saudah binti Zum’ah r.a
3.       Aisyah binti Abu Bakar r.a
4.       Hafsah binti Umar Al-Khattab r.a
5.       Zainab binti Jahsyin r.a
6.       Zainab Binti Khuzaimah r.a
7.       Ummu Salamah (Hindon Binti Abi Umaiyah) r.a
8.       Ummu Habibah ( Ramlah Binti  Abi Sufian ) r.a
9.       Juwairiyah binti Al-Harith r.a
10.   Maimunah  binti  Al- harith r.a
11.   Safiah binti  Hoiyi bin Ahtab r.a
12.   Mariyah Al- Qibtiyah r.a

~ANaK – aNak  Nabi ~
Hasil perkahwinan dengan Siti Khadijah baginda dikurniakan seramai 6 orang 2 lelaki 4 perempuan
(Al-Qasim,Zainab,Abdullah,Ruqayyah,Ummu Kaltsum,Fatimah )..manakala Ibrahim perkahwinan dengan
Mariyah  Al-Qibtiyah ..
~  Mudah-mudahan Dengan mengetahui  keturunan nabi..moge kite dapat tingkatkan lagi rasa cinta dan kasih  kepada Baginda Muhammad S.A.W… ~اللهم صلى على محمد