..

Friday, June 24, 2011

nikmat mu ya Rabb..

Assalamualaikum..

first sekali nak ucap selamat pagi!! sebab tengah buat time pagi2..fresh tau...heheh tak delah ,,, segalanya milik Allah..n dah lame sebenrnya dah tak post kat blog nie...huhuhu...sebab sebok ckit...tentang dakwah islam..Allah...sungguh manis berjuang di jalan Mu...insyaAllah kat maktab ana..nanti akan adekan bulan penghayatan islam.2011..selama sebulan macam2 program yg diadekan..ramai2lah yg hadir ye..insyaAllah..kimah yakin...sesiapa yg menolon agama Allah..Allah akn menolong hambaNya..insyaAllah..dan sebenrnya bile pikir2 tentang kesebokan nie sangt2 lah best...ade yg sebok sampai lupe akan akhirat dan kematian..tulah satu ujian dan dugaan bagi hambanya dalam kesebokkan dunia..namun bagi org2 yang beriman dan beristiqamah di jalaNya itu merupakan satu nikmat yg mane dpt hindarkan iye drpad malkukan maksiat...Allah Allah..mudah2han Allah beriketenangan dalam diri ana..utk mghadpi kesebokan ini dgn baik..
hehhee..ana  nak cerita Allahmdulillah baru2 nie 23.6.20ll jam 6.53 pagi anak sedara ana yg pertama telah selamat di lahirkan..masyaAlah comel sangat bayi tu...alhamdulillah dpt nak lelaki,,,seronok..ni lah nikmat Allah ..bakal2 pewaris2 ulama nie insyaAllah..mudahah2 ana sedara ku nie menjadi anak yg soleh... Amin..

Tuesday, June 21, 2011

KESAN ZIKIR PADA OTAK...!!SUBHANALLAH

Kesan Zikir Kepada Otak 

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. 

Sunday, June 19, 2011

kehadiran guru pelatih di kampus ku..

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..hari ni merupakan hari pertama ana dalam sem 3 ppismp pa(a)..huhuhu..kenangan suka dan duka sepanjang sem 2 tidak pernah ana lupakan..semuanya ade hikmah..ya Allah Kau permudahkan lah urusan hamba Mu ini ya Rabb..ermm dan hari nie juga kemasukan student baru di kampus ana..syukur rasenye..jumlah kemasukkan mereka semua sebanyak 151 orang..yang mana jumlah lelaki seramai 49 orang dan perempuan seramai 102 orang...ish2 jumlah lelaki amat2lah sedikit ..tanda2 kiamat akhir zaman...nie lelaki lebih sedikit drpd perempuan..Allah 3x .....Allah...hebatnya kekuasaan Mu ya rabb..ana harap student2 baru nie akan kuat menghadapi alam2 orintasi..huhuhu..mengimbas lagi kenangan waktu ana orintasi..huhu..gembira ade sedih pun ade..tapi semua tu yg memberia na kekuatan...utk ana teruskan..firs time berjauhan dgn family..sebelum nie study kat area2 johor je..ni ana dah berlepas sampai kat utara..takpe hakimah ade hikmahnya...ok lah ana berhenti setakat ini sahaja..buat adik2...semoge berjaya dan sabar ye hadapi uian2 hidup di alam IPG...

wassalam..
HAMBA ALLAH....

Saturday, June 11, 2011

Pintu2 Hati anak adam yang dimasuki Syaitan!!!!

Assalamualaikum

Apa khabar teman2ku…harap2 sihat ye..macam mana keadaan iman antum sekelian??? Sihat2..insyaAllah mudah2han sihat dan sentiasa meningkat..hari ni ana nak beri sedikit peringatan dan tazkirah buat sahabat2 ana…yg mana peringatan ni ana nasihatkan utk diri ana juga..Semuanya milik Allah tiada kite punya…semunya kembali pada ALLAH…ALLAH ..ALLAH…
Ok lah kite masuk tajuk lah ye..hari ni kite akn bincngkan tajuk yg bagi ana ..sangat penting utk kite ketahui.. “10 pintu syaitan masuk dalam hati anak adam “ itulah tajuk ye yg kite akn bincang,,,dan hayati dlm kehidupan kite..baiklah ana akan beri kate2 seorang salihin iaitu :

“KU RENUNG DAN AKU FIKIR,DARI PINTU MANAKAH SYAITAN ITU MEMASUKI HATI MANUSIA,??? TIBA2 AKU DAPATI SYAITAN ITU MEMASUKINYA DARI SEPULUH PINTU “

Setelah  kite amati kate2 ulama ni..nyatalah syaitan tu sangat halus..syaitan boleh masuki dalam hati anak adam melalui 10 pintu!!!..masyaAllah hebatnya kekuasaan Allah..liciknya syaitan ni..jom kite sama2 terokai pintu2 yg syaitan ni masuk..

1)      TAMAK DAN JAHAT SANGKA  = hadapilah dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dgn yg ada setelah kite berusaha dan ikhtiar..
2)       
      CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN = hadapilah dgn rase takut terhadap kedatangan maut dgn tiba2..
3)     
          CINTAKAN KEREHATAN DAN NIKMAT = menyakini  nikmat itu akn hilang dan yakin balasan buruk.
4)     
          KAGUM PADA DIRI SENDIRI (UJUB) = hadapilah dgn mensyukuri nikmat dan takutkan balasan seksaan.
5)     
          PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN = hadapilah dngn tahu hak2 dan kehormatan mereka.
6)      
          HASAD =  hadapilah dgn qanaah(puas hati dgn apa yg ada stelah usaha dan ikhtiar..
7)       
      RIYA’ = hadapilah dgn sifat ikhlas.
8)     
          BAKHIL = hadapilah dgn menyakini bahawa apa yg ada di tangan makhluk itu akan binasa  sdg apa yg ada di sisi Allah itu kekal selama2nya..
9)     
         TAKABBUR = hadapilah dgn sifat tawadhu’
10 
          TAMAK =  yakin terhadap Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yg ada pada manusia…

MayaAllah setelah kite sama2 terokai pintu2 nie..ermm agak2nya ade tak dalam hidup kite…mestilah ade kan..spnjang kite hidup..jadi sama2 lah kite muhasabah diri ye..jgn putus asa daripada rahmat Allah..ingat lah sahabat2 ana sekelian Allah tu maha Pengampun dan penyayang..insyaAllah moge kite semua dalam Rahmat Allah..Amin..

 sekian wassalam dari ana…

HAMBA ALLAH..

CUTI...OH CUTI....


ASSALAMUALAIKUM..


Buat sahabat2ku yg ana sayangi..moge2 sihat selalu…Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..kau berikan aku nikmat yg sangat besar dlm hidup ni..iaitu nikmat iman dan islam..Alhamdulilllah sekarang nie ana dah berade kat rumah..cuti selama 3 minggu…masyaAllah seronok sangat2..ermm wktu cuti ni lah  kite kena sentiasa birruwalidaini (berbuat baik pada ibu bapa)…ermm semamangnya kite ni sebagai seorang anak wajib mentaati perintah  ummi dan abi..betul kan kawan2…redha Allah bersama2  dngan redha ibu bapa..saat berada di dalam masa cuti nie banyak cabaran yg ana hadapi..nak lawan nafsu tu..masyaAllah susah..tapi kite kena juga lawan dengan baik..dan bersungguh..banyakkan ingat Allah selalu..Allah akan sentiasa ingat kan hambanya selagi mana hanmbanya itu ingat padaNya..zikruAllah..selawat ke atas nabi Muhammad..insyaAllah sama2 kite tingkatkan amal ibadah kita..ermm dah masuk bulan rejab dah kan..pastu bulan syaban n then bulan ramadhan..Allah..Allah bulan yg penuh barokah dan keberkatan…Rindunya ana bulan nie..namun nak menuju ke bulan ramadhan kite kena lepas dulu tiket rejab dan syaban..pastu barulah masuk Ramadhan dalam keadaan kite bersedia tingkatkan iman dan ibadah kite pada Allah S.W.T…

Sekian sahaja daripada ana…

Wassalam..selamat menyambut bulan ramadhan..istikbal ramadhan…